Friday 24 December 2010

Mince Pie

Gambar ehsan drpd Google image.

A mince pie, also known as minced pie, is a small British sweet pie traditionally served during the Christmas season. Its ingredients are traceable to the 13th century, when returning European crusaders brought with them Middle Eastern recipes containing meats, fruits and spices.

The early mince pie was known by several names, including mutton pie, shrid pie and Christmas pie. Typically its ingredients were a mixture of minced meat, suet, a range of fruits, and spices such as cinnamon, cloves and nutmeg. Served around Christmas, the savoury Christmas pie (as it became known) was associated with Catholic idolatry and during the English Civil War was banned by the PuritanVictorian era, although by then its recipe had become sweeter, and its size had reduced markedly from the large oblong shape once observed. Today the mince pie remains a popular seasonal treat enjoyed by families across the United Kingdom.


* * *

...hati2 jika terasa nak makan mince pie..pastikan vegetarian / vegan friendly..sbb jika dilihat pada sejarah bahan2 mince pie ni, memang wajib letak minced meat...jadi, pastikan kita tak termakan pula..

**kat Lloyds TSB di Durham hari tu ada disediakan mince pie untuk pelanggan makan2 dan minum2.

Super Moist Choc. Cake Kak Nurul

Resipi kek ni saya perolehi daripada senior PSSCM UIAM dulu, kak Nurul Hakim. Belum cuba buat lagi kek ni, tapi risau kot2 terhilang pula resipi beliau. Nak cuba kek coklat pelbagai resipi. Menurut kak Nurul, kek ni kek coklat turun temurun keluarganya dan dijamin moist sangat2. Hmm..bila dah buat nanti saya akan letak gambar kat sini. Oh! Ye..resipi ni disalin bulat2 daripada beliau.


KEK COKLAT SUPER MOIST

Bahan2 kek:


1) 1 1/2 gelas @ cawan @ mug mentega (akk guna planta saja)
2) 2 1/2 gelas tepung gandum
3) 1 gelas serbuk koko (van houten better)
4) 2 gelas castor sugar
5) 1 1/2 gelas air sejuk
6) 1 1/2 camt esen vanilla
7) 4 biji telur
8) 2 biji kuning telur
9) 1 camt bikarbonat
- campur semua bahan no 6,7,8 dlm mangkuk (namanya campuran telur pastu letak di tepi)

* gunakan sukatan gelas yang sama bagi mentega/tepung/gula/air sejuk

Topping:

1) 1 tin susu pekat
2) 1/2 gelas serbuk koko
3) 1/2 gelas minyak jagung
4) 1 camt esen vanilla
5) secubit garam

* campur semua bahan topping, kacau dan masak menggunakan kaedah double boiler. (k.nurul guna kole besi yang dimasak atas air mendidih dalam periuk)

* topping dibuat selepas kek dimasukkan ke dalam oven

cara buat kek:

1) Ayak bersama gandum + serbuk koko + bikarbonat. Gaul rata perlahan2 dan letak di tepi

2) Pukul mentega dgn castor sugar sehingga kembang

3) masukkan campuran telur sedikit demi sedikit ke dalam bahan no 2

4) Masukkan no 1 berselang seli dengan air sejuk. (Cth: masuk bahan no 1, putar sebati pastu masuk air sejuk, putar lagi dan buat sehingga habis)

5) Bakar +- selama satu jam

6) angkat kek yg telah masak, biarkan sejuk dan tuang topping.

* kek lebih sedap sekiranya di letak satu malam dlm fridge sebelum dihidangkan

Wednesday 15 December 2010

Homemade Potato Wedges

Buat potato wedges ni masa makan malam hari tu. Lagi sedap jika dapat makan dengan sos warna kuning berkeju tu..voillla. Tapi, itula..takde dalam stok pula slice cheese. Lain kali nak buat lagi dan buat sosnya sekali.

Jom tengok resipi yang dicampur campak. Boleh ubah ikut kesesuaian masing2.


Bahan2:

3 biji ubi kentang
6 sb tepung gandum
1 sb tepung beras [jika ada..sy mmg letak sbb nak srh rangup]
1 sb serbuk lada hitam
1 sb serbuk lada putih
1/2 sk serbuk kunyit
1 sb serbuk kari
1/2 sk serbuk cili
sedikit garam dan gula


Cara2 Menyediakannya:

1. Gaulkan bahan2 di atas kecuali ubi kentang. Letak air biar jadi macam bancuhan tepung goreng pisang tu. Biar pekat sikit supaya melekat kat ubi. Kalu cair sangat nanti kentang nampak botak bila digoreng, xcantik rupanya.

2. Buang kulit ubi kentang, potong macam bentuk wedges dan rebus separuh masak.

3. Bila dah separa masak, toskan airnya.

4. Celup dalam bancuhan tepung tadi.

5. Gorengla....toskan minyak dan boleh makan...


Sunday 12 December 2010

Strawberry Muffins

Resipi yg sy dapati drpd lamanweb allrecipies suatu masa dulu. Sangat senang untuk menyediakannya. Rasanya lemak2 gitu, memang sedaplah.



Align Centre
INGREDIENTS:

1/4 cup canola oil
1/2 cup milk
1 egg
1/2 teaspoon salt
2 teaspoons baking powder
1/2 cup white sugar
1 3/4 cups all-purpose flour
1 cup chopped strawberries



DIRECTIONS


1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C) oil an 8 cup muffin tin, or use paper liners.

2. In a small bowl, combine oil, milk, and egg. Beat lightly. In a large bowl, mix flour, salt, baking powder and sugar. Toss in chopped strawberries and stir to coat with flour. Pour in milk mixture and stir together.

3. Fill muffin cups. Bake at 375 degrees F (190 degrees C) for 25 minutes, or until the tops bounce back from the touch. Cool 10 minutes and remove from pans.




Friday 10 December 2010

Awal Muharram 1432 H

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

1432 H

[7 Disember 2010]

buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.


Semoga setiap apa yang kita buat tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu.

Sandwich Tuna Mudah

Resipi ni tak silap saya dapat dr MyResipi, cuma masalahnya saya tak ingat dr siapa saya dapat. Ini bukan ciptaan atau rekaan saya ye..hehe. Bagi yg tak biasa makan tuna tanpa dimasak terlebih dahulu, tak perlulah ikut resipi ni.

Ini persediaan sandwich yg mudah terutama ketika ber'camping'. Tak perlu nak nyalakan api dapur, terus je campur2 dan gaul2..siap untuk dimakan. Simple & mudah..sebab tu sy cukup tertarik dgn resipi ni. Utk elakkan dr terlupa..maka sy masukkan dlm MyCookeryBook..


SANDWICH TUNA MUDAH


BAHAN2:

beberapa keping roti
1 tin kecil tuna [tuna in brine/sunflower oil]
2 sb mayonnaise
1 sb sos cili
1 sb sos tomato
sedikit hirisan mentimun
sedikit hirisan cili merah


CARA2 MENYEDIAKAN:

1. Tapis atau tos isi tuna, asingkan dr air [jika guna 'tuna in brine'] @ minyak [jikaa guna 'tuna in sunflower oil'].

2. Masukkan tuna yg ditos tadi ke dlm mangkuk. Campurkan mayo, sos cili dan sos tomato. Gaul sebati.

3. Sedia untuk disapu pada roti. Letak sedikit hirisan mentimun dan cili merah.

4. Siap.


Thursday 9 December 2010

Karipap Pusing

KARIPAP PUSING

Saya tak tahu buat karipap masa kat Msia dulu. Nak makan je, beli kat kedai. Ataupun, bila time blk kampung, mesti keneng2 biras saya [mak ude] nak mkn karipap. :) Tapi, sejak duk berjauhan dr sumber makanan2 tradisional ni, semua kena buat sendiri. Jika dulu tak tahu buat karipap, sekarang dah berkali2 boleh merasa.

Kuih ni sgt mengingatkan sy pd masa mula2 dtg sini dulu..bila sy kena 'sarcasm' oleh seseorang masa buat karipap pusing. Sejak dr hr tu, sy berazam utk buat karipap pusing sampai jadi. Byk juga resipi yg sy dpt [internet], tp ada 1 je yg saya berkenan dan keluarga pun serasi dgn rasa dan pastrinya. Cuma satu je..sy xingat dr mana saya salin resipi ni..dan resipinya dlm bahasa Inggeris. Sy dah olah dlm BM.


BAHAN2:

Doh air [water dough]

400 g tepung gandum
2 sb butter / shortening
3/4 sk garam
200 ml air

Doh minyak [oil dough]

200 g tepung gandum
150 g butter / shortening


CARA2 MENYEDIAKAN:

Water dough:

1. Gaulkan butter + tepung gandum dgn hujung jari biar jd breadcrumbs.

2. Larutkan garam dlm air. Campurkan ke dlm tepung tadi. Uli biar doh licin dan tak melekat kat tangan.

3. Bentukkan bulat2 sebanyak 12 ketul. Rehatkan doh.


Oil dough:

1. Gaulkan butter + tepung gandum. Uli biar sampai doh jd lembut dan tak melekat. Jika doh kurang lembut dan licin, nanti karipap akan senang pecah2 [berderai].

2. Buat 12 biji bola kecil mcm water dough tadi. Rehatkan sekejap.


***

Masa rehatkan doh tu, kita boleh siapkan inti dia. Tapi, sy tak nyatakan kat sini resipi filling karipap. next entry ye..Sebenarnya inti tu, sy masak main campak2 je..tp, jika nak buat panduan apa salahnya sy letakkan sekaali resipinya nnti.


***

Sediakan doh karipap dgn memasukkan doh minyak ke dalam doh air.Bentukkanbulat seperti gmbr di bawah..maaflah terlupa pula nak amik gmbr masa nak masukkan doh tu. Langkah seterusnya sila tgk gmbr..


Rupa doh yg tlh digabungkan [water + oil dough]

Ambil sebiji doh td, canaikan.

Kemudian, gulungkan doh yg dicanai td mcm ni.

Pastu canai biar jd mcm ni.

Pastu gulung sekali lagi mcm ni.

Gulungannya biar jd mcm ni. Jika nak senang kerja, buat semua ke 12 biji doh bulat tu biar sampai peringkat gulungan ni.

Potong gulungan td biar jd begini..biasanya boleh dpt 5 potong. Kalau nak karipap tu saiznya besar2, buatla 3 @ 4 potong.

Canai doh yg dipotong tadi, biar jadi bentuk bulat. Masukkan inti karipap. Kelim kemas2.
[bahagian atas yg dicanai akan jadi kulit luar karipap].

Karipap yg dah siap dikelim. Nampak belang2 tu.


Goreng dalam minyak penuh, mula2 api biar sederhana panas..jgn panas sgt, nnti kulit karipap jadi menggelembung. Bila dah lama sikit baru boleh kuatkan api.

Doh ni boleh dpt dlm 60 biji karipap pusing. Biasanya sy buat byk2 dan frozen dlm freezer.

Saturday 4 December 2010

Apple Pie

Pai epal yang saya buat ni bukannya hasil tuaian dari ladang epal tetapi yang kami beli di sebuah kedai charity di Langleymoor. Harga epal sekampit tu sangat murah..hanya 50 pence saja. Walaupun warna dan bentuk epal tu tak seindah epal yang kami kutip di ladang, namun, kami beli juga. Hmm..dapat buat rojak...pai..muffin..oklah tu.


Dapat sebakul epal kecil molek ni. Tak tahu pula apa jenisnya, tapi rasanya manis2 masam sikit. Banyak kali juga saya buat cicah gula dan kicap. Huh, tak dapat mangga, dpt epal masam pun jadikler. Lagi satu, epal ni baunye wangi sangat.

Jom lihat resipi..hampir lupa pula yg ini blog resipi je. Cakap banyak pulak..heheh. Resipi pai epal ini saya ambil di sini. Melihatkan sikitnya bahan2 yg digunakan, dan mudahnya cara menyediakan, membuatkan saya tertarik untuk mencuba resipi ini yang mana tuan punya resipinya mat salehla.


Ingredients:

3 to 4 medium cooking apples
110 gm butter
[nak dpt pastry sedap, campurkan 55 g butter & 55 g vegetable fat/shortening]
220 g plain flour
90 g white sugar
3-4 tbsp water

Cooking Methods:

1. Campurkan butter dan tepung gandum ke dalam mangkuk adunan. Guna hujung jari, picit2..gaul2..biar jadi macam breadcrumbs. Masukkan air. Uli biar sampai doh tak melekat langsung di tangan dan di mangkuk.

2. Ikut resipi asal, dia suruh simpan doh tadi dalam peti ais selama 30 minit.

3. Keluarkan dr peti ais. Ambil 2/3 drpd doh, canaikan. Letak mangkuk pai atas doh untuk ukur kemuatan pastry dlm mangkuk.

4. Letak doh dalam mangkuk pai [guna rolling pin, lilit doh yg dicanai pd rolling pin, angkat pelan2, letak dlm mangkuk]. Tekan2, padat2kan. Guna bhgn belakang pisau [tumpul] untuk kemaskan pastry tepi mangkuk. Jika berlubang atau pastry koyak, tampal2kan. Takde masalah, janji xde lubang, sbb kalau ada, nnti bocor isi epal tu pula. Masa ni dah boleh panaskan oven 220 C.

5. Potong kulit epal, belah empat. Pastu potong nipis2 sebanyak 8 hirisan [maknanya, 1 biji epal tu akan dpt 32 hirisan nipis. Jika guna 4 biji epal, maknanya akan dapat 32 x 4 biji = 128 hirisan.

6. Susun hirisan epal dalam mangkuk pai. Jadikan selapis, pastu tabur gula. Susun lagi..dan tabur gula lagi..buat sampai habis.

7. Ambil 1/3 doh yg berbaki tadi. Canaikan dan letak atas hirisan epal untuk menutup pai epal tadi. Lembapkan bahagian atas tepi pastry dengan sedikit air supaya pastry atas dapat melekat dgn pastry bawah. Tekankan pastry untuk menutup pai.

8. Buat 3 lubang dengan mencucuk [guna hujung pisau] di bahagian tengah pai untuk mengeluarkan wap2 epal masa dlm oven nnti.

9. Brush bhgn atas pai dengan sedikit susu segar supaya bila masakk, warnanya akan keemasan.

10. Bakar 10 minit guna 220 C. Pastu turunkan ke suhu 190 C dan sambung bakar lg selama 40 minit.


Rupa pai epal saya setelah dipotong. Gambar berbeza dengan gambar yg di atas kerana dah 2 kali buat guna resipi yg sama.

Thursday 2 December 2010

Juadah Minum Petang

Ini entry baru. Saya akan terbitkan apa2 cerita berkenaan majlis makan2 kat rumah saya di MCB, untuk kenangan. Bolehla saya delete mana2 gambar yang tak perlu disimpan lagi. Dah penuh dah image files dalam lappy cinonet ni.

Ini juadah minum minum petang sempena menjemput rakan kami yang pulang ke tanahair 2 bln lalu. Oleh kerana jadual jemputan mereka pun dah padat, kami hanya mencelah untuk hi-tea saja. Jadi, menunya, roti jala, kari ayam, bihun goreng, chocolate cupcakes, biskut mazola dan coconut macaroon.