Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Sunday, 2 January 2011

1.1.11

Tahun 2011 dah tiba. Nampaknya dah 3 tahun dapur saya berasap setiap hari. Berbeza benar dari dulu, saya jarang memasak rentetan selalu sampai lewat di rumah. Menu air tangan saya boleh dirasa pada hari minggu saja. Lainlah macam kat sini, setiap hari kena perah otak, menu apalah untuk jadi santapan keluarga.

Moga dengan berganjaknya angka ke 2011, maka makin keraplah saya update koleksi resipi dan masakan saya. Impiannya begitulah..belum dihitung dengan kesibukan menjelang pertengahan tahun pula.

Moga BukuMasakanku makin bertambah entry nya.


Selamat memasak..

Friday, 10 December 2010

Awal Muharram 1432 H

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

1432 H

[7 Disember 2010]

buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.


Semoga setiap apa yang kita buat tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu.

Monday, 4 January 2010

New Year 2010

Selamat Tahun Baru 2010..

Tahun baru kali ini agak sejuk berbanding sebelumnya. Salji turun memutih di bahagian utara England, Scotland dan juga London. Tahun ni kami dapat menikmati salji yang lama bertahan..sudah hampir 20 hari salji bertamu.

Dapur sentiasa berasap cuma saya masih belum berkesempatan untuk update Buku Masakanku ni. InsyaAllah, sedikit masa lagi...ehehe.