Showing posts with label Mutton and Beef. Show all posts
Showing posts with label Mutton and Beef. Show all posts

Wednesday, 16 March 2011

Lamb Chop

LAMB CHOP

Sumber : My Resipi
Milik : Hana6877


Bahan2:

* 500gm daging slice/2 keping daging
* 2 sudu marjerin/butter
* skit garam dan blackpepper

* BHN SOS BLACK PEPPER

* 1/2 sudu black pepper
* 1 sudu mentega
* 1 kuib ayam
* sebatang saderi-dicincang
* sebiji bawang besar- dicincang
* 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe)
* 2 sudu tepung gandum
* 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
* garam skit

* BHN MACARONI / COLESLAW

* segengam macaroni - direbus dan ditos
* segenggam mix vagetable - direbus dan ditos
* 2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain
* sesudu air lemon

* BHN MASHED POTATO

* 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
* 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt. 2 sb butter, garam dan lada hitam sedikit
* sos black pepper/gravy

* BHN SAMPINGAN

* kentang goreng
* 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
* sebiji tomato- dihiris

Cara-cara

1. Gaulkan daging ngan skit garam dan blackpepper .perap sebentar kemudian grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. dan balik2kan sampai masak.

2. Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat.

3. Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam.

4. Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan masukkan butter. kemudian susu segar dan tmbhkan lada itam dan garam skit. cedokkan dan curahkan sos black pepper/gravy td.

5. Hidangkan dengan kentang goreng,brokoli dan asparagus.


Friday, 22 January 2010

Kerutuk Kambing


Resipi ni saya buat asas panduan je, diambil daripada MyResipi. Pastu saya make do apa yang ada di dapur. Pokok pangkalnya, bahan asas mesti ada, cuma kuantiti saja yang tak sama. Nak masak kerutuk mestilah wajib ada rempah kerutuk dari Kelantan la..mana lagi kan. Rasanya..terangkaaaat. Saya masak kerutuk kambing ni semasa program sambutan Eidul Adha Malaysia-Durham.

Bahan2:

· 500g daging
· 4 sudu besar rempah kerutuk

· 2 sudu cili giling

· 1/2 biji bawang besar

· 3 cawan santan pekat

· 2 sudu besar kicap pekat

· 1/2 keping gula melaka/manisan

· 2 sudu besar kerisik


[bahan tumis]


· 1/2 bawang besar
· 1/2 inci halia
· 2 ulas bawang putih

· 1 batang kulit kayu manis

· 2 kuntum bunga lawang

· 3 kuntum bunga cengkih

· 3 biji buah pelaga

· 3 sudu besar minyak


Cara-cara:

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.


2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk


3. Panaskan minyak


4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi


5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi


6. Masak sehingga pecah minyak


7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.

8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.


9. Siap untuk dihidang.