Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts

Tuesday, 10 May 2011

Nasi Minyak Hujan Panas

Huish..lama betul tak simpan resipi kat sini..bayangkanlah bulan lepas ada 1 je entry pasal masakanku..tak sedar setiap hari memasak.

Hari ni sy cuma nak masukkan resipi nasi minyak. Kali ni style hujan panas. Nasi ni saya dah masak 3 kali. Rasanya, kalau ikut liur kami sekeluarga, seedapla. Tak tahulah pula bagi orang lain yang pernah merasainya..heheh. Jom tengok resipi.


NASI MINYAK HUJAN PANAS {untuk 5 orang}

Resipi : Makyong
Sumber : MyResipi

Bahan2:
  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau

[bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
[bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Inilah rupa nasi sy. Makan ngan ayam masak madu dan acar masak. Hmmm...nyaman.
Terima kasih Makyong atas resipi yang lazat ni.

Friday, 18 March 2011

Nasi Goreng Kampung Raja


NASI GORENG KAMPUNG RAJA

[ dinamakan kampung raja kerana tuan punya resipi ni berasal dari kampung raja ]


Resipi Asal : hnyhar


Bahan2:

3 cwn nasi putih
1/2 biji bawang besar saiz sederhana = cincang =
3 ulas bawang putih = ketuk =
1 cwn sayur campur [mixed vege]
1 cwn isi ayam @ daging cincang
1 sk serbuk lada putih
5 biji lada burung [cili padi]
1 telur = pukul =
segenggam ikan bilis
garam
gula


Cara2:

1. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat.

2. Guna minyak yg sama tadi untuk menumis bawang besar + putih + lada burung. Goreng hingga garing dan berwarna perang sedikit.

3. Masukkan isi ayam @ daging cincang. Goreng hingga empuk.

4. Masukkan sayur campur. Goreng sekejap. Masukkan serbuk lada putih. Kacau2.

5. Masukkan garam + gula. Perasakan. Masukkan telur. Kacau sebentar.

6. Masukkan nasi. Gaul rata. Besarkan api dan goreng hingga kering.

7. Taburkan bawang goreng & ikan bilis tadi. Makan ngan telur mata kerbau. Hmmm...nyaman.




Saturday, 20 November 2010

Bombay Beryani/ Bombay Style Pilaf

BOMBAY BERYANI @ BOMBAY STYLE PILAF


Resipi yang diperolehi daripada pek rempah beryani jenama SHAN yang kami beli di kedai Pakistan di sini. Kali pertama buat, saya tak berapa ikut kandungan dan sukatan bahan2nya, maka warna nasi saya tu tak berapa menarik walaupun rasanya sedap. Foto di atas ni merupakan hasil perbuatan yang kedua. Saya ikut juga cuma ada bahan2 yang saya tak masukkan sebab tiada dalam stok.

Saya letak resipi asal di sini, boleh alter sendiri ikut kesesuaian rasa. Tapi, bagi saya nasi ni agak pedas..pheewww..siapa yg tahan pedas, sedang elokla kot dengan rasa ni.

Ingredients:

500-750 g small cubes of beef/chicken/mutton with bones
500-750 g [3-4 cups] basmathi rice, washed & soaked for 30 mins
5 medium onions [300g @ 2 1/2 cups] finely sliced
4 medium tomatoes [ 300 g @ 2 1/2 cups] chopped
3 medium potatoes [250 g], peeled and halved
3 tbsp chopped ginger
1 tbsp garlic paste
1 cup plain yogurt
1 - 1 1/2 cups ghee / oil
1 packet SHAN Bombay Beryani Mix


Steps:

1. Fry the onions in hot ghee/oil until golden. Add tomatoes and fry until the oil separates.

2. Add meat, garlic, ginger, potatoes, yogurt and SHAN Bombay Beryani Mix. Fry for 15 minutes. Add 1-2 cups of water and cook on low heat until the meat is tender. Then increase heat and stir fry until oil separates from the gravy.

3. SEPARATELY: In 12 glasses of hot water add 3 tbsp of SHAN salt [yg ni saya tak pasti yg mana, saya hanya letak garam saya daa...] and the soaked rice. Boil until the rice is more than half cooked. Remove from heat and thoroughly drain the water.

4. Spread the cooked meat and curry over the rice in two layers. Cover the pot and cook on low heat until the rice is fully cooked and tender. Mix before serving.



Serve with fresh salad and raita [yogurt].


TIPS FOR BEST RESULTS:

Meat: use breast, ribs and shoulder cuts.

Serves 6-8 persons.