Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts

Tuesday, 22 April 2014

Durian Roll






Gambar2 di atas ni merupakan gambar kenangan sewaktu sy mengikuti kelas masakan sifu yg sy hormati, Pn Hajah Mas drpd Brunei. Masa ni kami masih di UK. Untuk pengetahuan semua, kek gulung made in Brunei ni sangat popular di sana dan juga area berdekatannya. Rasanya sungguh lazat. Kita boleh letak apa2 saja filling tp still kena letak sedikit flavour yg sesuai dlm adunan keknya. 

Sepertimana dalam gambar ni, sy telah berjaya buat kek Durian Roll (bersama dgn rakan baik sy, Marlina). Terima kasih kpd Hajah dan pembantu rumahnya yg turut sama membantu. Tiada foto hasil kerja tangan sy di dapur beliau, kerana sy terpaksa jd photographer utk rekod aktiviti ni :D

Resipi? Itulah antara punca kenapa sy delay kan entry ni. Sy dah kehilangan resipinya. :'(
In Shaa Allah jika ada kelapangan nanti, sy akan cuba hubungi pn Hajah untuk meminta ehsan beliau berkongsi resipi kek lazat ni. Lepas tu baru sy akan poskan di cookery book.

Wednesday, 11 May 2011

Simply Sinful Cheese Cake

Bermulanya sejarah pencarian resipi kek keju ini setelah saya google2 resipi kek keju yang mudah penyediaannya tetapi sedap hasilnya. Mula2 jumpa resipi ni di sini, sy tak rasa yakin nak mencubanya kerana tiada foto disertakan. Tetapi, setelah sy tiba2 pula terjumpa di blog encik Rozzan, saya terus salin resipinya..cuma ada beberapa perbezaan di antara kedua2 resipi. Untuk pengetahuan, saya rujuk kedua2 resipi. Sy akan letak kedua2nya di sini. Terpulang kepada anda nak cuba yg mana satu... :)

Simply Sinful Cheesecake [Lori Baltazar]

2 cups crushed graham cracker crumbs
1/4 cup sugar
1/2 cup margarine or butter, melted

2 (8-oz.) packages cream cheese, softened
1 can condensed milk
3 eggs
juice of 2 calamansi or 2 tsps. lemon juice (if available)

How to do it:

Preheat oven to 300ºF.

Combine crumbs, sugar and margarine; press firmly on bottom of 9-inch springform pan. Bake for 10 minutes. Set aside.

With mixer, beat cream cheese in large bowl until fluffy.

Gradually beat in condensed milk until smooth.

Add eggs and calamansi or lemon juice. Mix well.

Pour into prepared pan — it doesn’t matter if crust is still warm. Bake 50 to 55 minutes or until center is slightly jiggly but perimeter is set.

Cool 1 hour. Chill at least 4 hours to let flavors develop. Will keep in refrigerator for two weeks (but do you really think it will last that long?)


Resipi dr encik Rozzan.

SIMPLY SINFUL CHEESECAKE [rozzan]

Bahan untuk base
200 gram biskut digestive, dihancurkan
3 sudu besar mentega
2 sudu besar madu

Bahan untuk Cheesecake
500 gram kriim keju, dilembutkan
1 tin kecil (390 gram) susu pekat
3 biji telur
150 gram coklat masakan, cairkan cara double boil
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya

1. Panaskan ketuhar pada suhu 150’C. Campurkan kesemua bahan untuk base dan tekan pada dasar loyang springform berukuran 9 inch. Bakar selama 10 minit dan ketepikan.

2. Menggunakan mixer, pukul cream cheese sehingga kembang. Kemudian masukan susu pekat sambil dipukul sehingga ia sebati.

3. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul sebati. Bahagikan adunan cheesecake kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan coklat masakan yang telah di double boil tadi dan gaul rata.

4. Tuangkan adunan cheesecake coklat kedalam loyang diikuti dengan adunan cheesecake plain. Bakar selama 50 – 55 minit sehingga pertengahan cheesecake bergoyang-goyang tetapi tepi adunan telah set. Sejukkan selama 1 jam dan kemudian boleh disejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dihidangkan.


***************

Saya buat ikut resipi encik Rozzan memandangkan ada foto, tapi bila sy lihat kedua2 resipi xjauh bezanya. Terpulang kepada bahan2 yg ada dlm gerobok.

Lagi satu, sy gunakan kaedah bain-marie [water-bath] semasa membakar kek ni sebab sy sendiri tak pasti bagaimana cara yg sebetulnya nak bakar kek ni. Kalau ikut resipi kedua2nya xbgtau cara bakar, hanya bgtau 'bakar' saja. Oleh kerana, sy xmau kek harijadi Ameen merekah2, maka sy bakarlah ikut teknik steam tu.. i.e. letak loyang kek dalam bekas yg mengandungi air panas. Begitulah alkisahnya.....

SELAMAT MENCUBA!!






Monday, 11 April 2011

Sliced Cheese Cake


SLICED CHEESE CAKE

Resipi : Ros @ Ilham Dapur


Bahan-bahan

· 4-5 keping slice cheese
· 200 ml susu segar
· 70 gram butter atau marjerin
· 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
· 70 gram gula
· 4 biji telur saiz
· beberapa titik esen vanila


Cara-cara

1.Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2.Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3.Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4.Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5.Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul

6.Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .

7.Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.






Wednesday, 23 March 2011

Steamed Soft Banana Cake


STEAMED SOFT BANANA CAKE

resipi asal : Rima
melalui :
K.Nor@SecubitGaram


Ingredients

A
200 gm. mashed banana
1/8 tsp. vanilla essence
1 tsp. Bicarbonate of soda
a pinch of salt

B
3 small eggs
100 gm. brown sugar ~ k.nor letak 75gm
100 gm. Hong Kong flour (u can use pao or superfine flour)
1 tsp. Baking powder
65 gm. cornoil



Top Layer
2 eggs
60 gm. sugar
25 gm. water ~ k.nor guna susu fresh
65 gm. Hong Kong flour (u can use superfine or pao flour)


Method

(1) Mix all the ingredients (A) together and set aside.

(2) Whisk eggs and sugar together till fluffy, add in flour and baking powder and mix till well combined. Add in mashed bananas mixture and cornoil and stir till well combined.

(3) Pour into a greased and lined loaf pan and steam for 15 to 20 mins till cooked.

(4) For topping: Whisk eggs and sugar till fluffy, add in water and flour and mix till well mixed.. (fold in flour and mix gently) Pour on top of steamed banana cake and steam again for another 15 mins or till cooked.

(5) Serve


* kaedah K.Nor*** (utk menghasilkan bahagian putih terletak atas bila kita tonggengkan/terbalikkan kek)
buat bahagian B dahulu dan kukus, lepas tu baru buat bahagian A dan kukus lagi hingga masak.


***



Sunday, 20 March 2011

Kek Karamel

Pertama kali buat kek ni. Sedap betul. Macamana tak sedapnya, siap ada karamel lagi kat atas kek tu. Tekstur keknya pula sungguh gebu. Huh, sedap sangat makan bila sejuk2 letak dalam peti. Lain kali nak buat lagi.. terima sahabat lama [sekolah menengah] i.e. Pn. SITI AZIDA YUSOFF di atas resipi kek karamel yg sungguh yummy!!


KEK KARAMEL


Resipi diperolehi drpd : Siti Azida Yusoff


bahan2:

(A)
...2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas

1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek

140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque

6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara membuatnya:

1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...

2. Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.

3. Pukul bahan (C)

4. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...

5. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..

6. Bahagikan kpd beberapa bahagian mengikut warna2 yg disukai.

7. Masukkan ke dlm loyang yg td..

8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C . [sy buat style waterbath].

9. Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi.

10.Masukkan dlm peti sejuk 1 jam dan lepas tu mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan.





Thursday, 17 March 2011

Kek Coklat Lembap

Hari tu buat kek ni lagi..sebab tak tahu nak makan apa..terasa pula nak makan kek coklat. Serbuk koko tinggal nyawa2 ikan je, malah tak cukup pun 1 cawan..maka jadinya, saya pun alternate lah dengan milo sikit. Takleh letak banyak jugak milo ni pun..dah nak habis dah. Aiseh, serba kekuranganlah maka kek ni akhirnya. Walaupun serba kekurangan, ia tetap moist dan habis.. [kasi jiran sikit..kawan Ameen].

Resipi kek ni sila klik kat sini.


Tuesday, 15 March 2011

Devonshire Honey Cake

Akhirnya dah berjaya buat kek ni. Resipi dah lama masuk dalam MyCookeryBook, tapi belum sampai seru masa tu nak buat.

Kek ni merupakan di antara kek tradisional English yang biasa dihidang bersama teh O panas di waktu2 petang. Asal keknya dari Devonshire. Sebab itulah dinamakan sedemikian rupa. Istimewanya kek ni kerana menggunakan madu..teksturnya tak jauh beza dengan kek biasa cuma bagi penggemar kek, mereka pasti dapat rasa perbezaannya dengan butter cake.


DEVONSHIRE HONEY CAKE

Sumber : BBC Good Food

Boleh lihat resipinya di sini ok. Sebab saya malas pula nak salin semula di sini.


Haha..sedikit hitam kat tepi2 kek. Terlupa nak matikan oven pada masanya.

Kek yang dah potong. Makin lama disimpan, makin sedap dan moist pula kek ni rupanya. Jika nak lihat foto kek dari laman web BBC Good Food, silalah klik link di atas. Rupa kek ni dah hampir2 sama sikit2.. :)

Sunday, 6 March 2011

Blueberry Cheese Cake Simplified

Kali pertama membuat blueberry cheese cake yang dibakar menggunakan teknik water-bath. Sebelum ni blueberry chesse cake juga tapi yang chilled dan tak pakai gelatin. Cuma tu lah, kena guna mascarpone cheese.

Ok, terus kepada resipi kek.


BLUEBERRY CHEESE CAKE SIMPLIFIED

Sumber : Majdina Kamaruzaman, Pelajar Perubatan di University of Newcastle.




Crust:

2 cwn Digestive yang dihancurkan
2 sb butter, dicairkan

Inti krim cheese:

500 gm soft cheese
3/4 cwn gula (atau 1 cwn kalau mahu lebih manis)
1 sb tepung
2 biji telur
1/2 sk vanilla
1/4 sk almond extract
1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!)


Cara-cara:

**Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik supaya kerja lebih cepat & efisyen.

1. Panaskan oven ke gas mark between 3-4, kira-kira 170 celcius.

2. Campurkan Digestive dan butter, gaulkan hingga sebati dan boleh dikepal. Tambah butter jika perlu. Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna.

3. Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim. Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan. Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Kemudian, masukkan vanilla & almond extract. Jangan lupa gunakan spatula untuk kaup bahagian tepi2 yang tak bercampur dengan sebati. Kemudian pukul lagi hingga sebati dan tak lagi berketul.

4. Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru.

5. Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan, at least satu malam (ok, ataupun 3-4 jam).


Cheese cake yang dah masak. Rupa masih nampak tak cantik, tapi rasanya sedap.


Wah! Comot sungguh.



Ni gara2 potong time tak betul2 firm.


Izzah tengah merasmikan. Suka betul dia kek ni. Next time ibu buat lagi...kali ni nak tunggu summer berries masak. Masih sempat sebelum kita balik.

Thursday, 3 March 2011

Best Chocolate Moist Cake

BEST CHOC MOIST CAKE

By courtesy of Allrecipe.com


Ingredients :

1 cup margarine
1 3/4 cups sugar
3 eggs
2 1/2 cups multi-purpose flour
6 tbsp unsweetend cocoa powder
1 1/2 teaspn baking soda
1 1/2 cup fresh milk
1 1/2 tsp vanilla essence
1 teaspn salt

Instructions :

1. Preheat oven to 175 Deg Cel.

2. Grease and line 9x13" pan ( I used 9" round pan).

3. Sift together flour, baking soda, cocoa powder and salt.

4. Cream together margarine and sugar until light and fluffy.

5. Beat in eggs one at a time, then stir in vanilla.

6. Beat in flour alternately with milk, mixing just until incorporated.

7. Pour batter into pan and bake for 40-45 mins. Allow to cool on a wire rack. Garnish as desired.

sebelum masuk oven.

dah keluar oven..

dah siap dipotong...masa ni potong masa dia masih suam2..jadi, terpecah sikit..hihi..



********

Kek ni saya buat 2 thn lepas dah tapi, baru masukkan resipi dlm koleksi sbb cari resipinya xjumpa2. Hmm..inilah satu sebab mengapa blog ni tercipta. Untuk menghimpunkan semula koleksi resipi masakan supaya tidak hilang dalam catatan. Sekurang2nya, jika ada rakan yg bertanya tentang resipi, bolehla sy forwardkan link blog ni kpd mereka.

Tuesday, 15 February 2011

Lemony Cheese Cake with Blueberry Filling

Terima kasih kepada puan FADHILAH ALI [kak del] kerana sudi berkongsi resipi cheese cake yang sangat sedap ni.


Lemony Cheesecake with Blueberry Filling
(credit to K.Khamsah Dundee)


Base:

Setengah pack biskut marie/digestive dihancurkan
1 1/2 sudu mentega/butter yang dicairkan


(gaulkan dan lenyekkan pada loyang, dan masukkan dlm peti)



Filling:

1 bekas blueberry sedikit
jus lemon

satu sudu besar gula

(masak sehingga hancur dan membentuk jem)


Pukul:

2 mascarporne cheese (dlm tub) 250g setiap satu
1 tin light condensed milk 405g

2 biji lemon (perahkan jus dan parutkan kulitnya)


- pukul mascaporne cheese dgn tgn sehingga lembut, masukkan susu dan pukul sehingga sebati. akhir sekali gaulkan dgn jus dan kulit lemon


- Bahagikan adunan sama banyak. Ratakan lapisan pertama dengan sedikit lekukan untuk mengisi blueberry filling. Pastikan blueberry tidak meleleh di tepi. Seal cheesecake dengan lebihan adunan dengan rapi. Biarkan sejuk dlm peti ais sebelum sedia dihidangkan.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Nota tambahan:



Ok dah resepi tu....cuma nk tambah sikit...(oleh tuan resepi: Kak Khamsah)


1. base, 1/2 pack tu +/- 200g, nanti ada orng beli pack besar, banyak la pulak.


2. Filling, blueberry +/- 200g. The best sugar to use is icing sugar, tapi granulated pun ok. Jgn sesekali letak air, berkurun la tunggu kering, kalau tak cukup kering, kejadian banjir akan berlaku. Filling MESTI sejuk sebelum letak atas cheese, kalau tak, kejadian banjir akan berlaku jugak..


3. Campuran cheese dan susu, pukul dengan whisker sehingga smooth dan agak cair. Bila letak lemon, ia akan jadi pekat (melekat pada whisker). Kalau pekat tu maknanya jadi la. Kadang-kadang bila letak lemon dia tak jadi pekat. Salah satu sebabnya adalah tak cukup acid (lemon) utk bertindakbalas dengan lemak (cheese). Kadang-kadang lemon tu tak cukup tua, so jus tak cukup masam. Boleh tambah sebiji lagi jus lemon. Sekiranya campuran tak cukup pekat, kejadian banjir juga boleh berlaku walaupun cake disejukkan semalaman.

4. Ada org tanya, boleh ke ganti mascapone kepada cream cheese...untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, saya tak galakkan guna cream cheese kerana different properties. Kalau guna juga, banjir besar akan berlaku sebab cream cheese tidak akan mengeras walaupun disejukkan (sebab cream cheese is a very stable cheese, bakar pun tak cair). Biasanya kalau nak juga guna cream cheese (mungkin susah dapat mascapone), kena masukkan sedikit gelatin utk membantu proses pemgerasan, tapi tak boleh guna agar-agar sebabb nanti keras sangat la pulak dan kita tak akan dapat texture yang soft and creamier....



lemon beli 2 biji je..harga sebiji 35 pence.

inilah mascarpone cheese jenama TESCO..harga dlm gbp 1.45 satu tub. dulu harga dia xsampai 1 pound pun..

rupa blueberry yg sy masak pakai gula putih biasa, gula aising xde..blueberry ni sy beli sekotak je..harga gbp 1.99, kalau beli 2 kotak, gbp 3.

mascarpone cheese sedang dipukul..

rupa mascarpone cheese yg tlh dicampur susu pekat..

mascarpone cheese setelah dicampur jus lemon 2 biji..tekstur berubah jadi pekat.

sebelum diletak dlm peti sejuk..tiba2 sy xikut arahan cikgu..sy terlupa buat lekukan di tengah lapisan cheese utk isi blueberry filling..sy pegi tebar je filling tu, siap sampai tepi..errr, kena minta ampun ngan tuan punye resipi ni..hik3


sebab tu jika dilihat dari sisi, nmpk blueberry jadi layer..kena tukar nama blueberry layered cheese cake kot..haa3.

dipotong buat pertama kalinya...

hasilnya sangat nyaman...cubalah...

Monday, 14 February 2011

Boston Blackcurrant Cheese Cake

Hari tu try buat cheese cake ni..Boston Cheese Cake. Resipi saya dapat dari MyResipi. Bagi yang ingin cuba, saya sarankan ikutlah resipi asal ini ye. Saya ada buat perubahan sikit tapi, hanya pada caranya saja..masih mengekalkan bahan2 ramuannya. Terima kasih tak terhingga kepada Cik Delila atas resipi cheese cake yg sangat sedap! Memang Voilla!!


Resipi : Delila { my resipi }


* BAHAN BASE

* 200 g biskut marie (hancurkan)
* 30 g gula perang
* 15 g serbuk koko
* 100 g mentega cair


* BAHAN KEK KEJU

* 500 g krim keju (A)
* 50 g gula (A)
* 50 g mentega (A)
* 50 g tepung gandum (B)
* 1 biji telur gred A (C)
* 3 biji kuning telur gred A (C)
* 150 g yogurt (plain) (D)
* 3 biji putih telur gred A (E)
* 70 g gula (E)
* 1/2 sudu teh garam (E)


* BAHAN HIASAN

* Krim mentega secukupnya


Cara-cara

BASE

1. Campurkan semua bahan base hingga sebati dan simpan dalam peti sejuk hingga keras.

2. Keluarkan dari peti sejuk dan masukkan ke dalam loyang 8 inci. Tekan hingga mampat. Masukkan kedalam peti sejuk kembali.


KEK KEJU

1. Masukkan A ke dalam mixer dan putar hingga lembut dan gebu.Masukkan B dan kaup balikkkan. Masukkan C dan putar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan D dan kacau sebati.

2. Pukul telur (E) hingga kembang dan masukkan semua bahan E dan pukul hingga pekat. Tuangkan adunan ini ke dalam adunan ABCD tadi. Kacau sebati.

3. Masukkan ke dalam loyang 8 inci dan bakar selama 60 minit dgn suhu 160 darjah C. Sejukkan dan keluarkan dari loyang.

4. Keluarkan base dari peti sejuk. Tanggalkan dari loyang. Sapu krim mentega di atasnya. Kemudian letakkan pula kek keju diatasnya. Hiaslah mengikut citarasa anda.

*******************

Jika ikut resipi asal, tuan punya resipi ni asingkan dulu base dan cheese cake nya, lepas tu baru cantumkan base & cheese cake beralaskan krim mentega..tapi, saya tak buat macam tu..takut tak menjadi..rugi weh beli soft cheese tiba2 kek tertonggeng..

Makanya, saya pun bakarlah kek ni dengan cara biasa saja..tak jugak guna teknik waterbath..sebab masa tu aluminium foil xde dlm stok..xleh nak balut springform baking tin..sebab tu bahagian atas kek ni kecoklatan sikit kaler dia. Disebabkan itulah, saya telah memandai2 meletakkan topping blackcurrant glazing untuk kasi cantik..setelah itu, saya namakan kek saya ini;



BOSTON BLACKCURRANT CHEESE CAKE

My Boston Blackcurrant Cheese Cake.

Friday, 4 February 2011

Carrot Walnut Cake


Resipi ni sy tak ingat dah ambil kat mana. Masa salin dulu terlupa betul nak catat siapa empunya nya. Yg pastinya ia bukanlah idea asal drpd saya ye. Terima kasih tak terhingga kpd empunya resipi kek ni, mmg sedap. Rasanya dpt dlm english website...


CARROT WALNUT CAKE

BAHAN2:

*2 1/2 cawan tepung naik sendiri
*1 sk soda bikarbonat
*1 sk baking powder
*1/4 sk garam

* bahan2 ini diayak.

3/4 cwn brown sugar
1 cwn gula kastor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung
1 cwn butter [ cairkan ]
3 cwn carrot [ grated ]
3/4 cwn walnut [ cincang ]


CARA2 MENYEDIAKANNYA:

1. ayak dulu bahan2 yg patut ayak tu..

2. masukkan brown sugar + castor sugar + telur + minyak jagung + butter cair + carrot dlm mangkuk besar. pukul hingga lembut dan gebu.

3. masukkan tepung gandum. kacau sebati dengan senduk. masukkan kacang jika suka. jika xsuka, xyah masuk. kacang tanah boleh masuk tp rasanya xberapa kick dan xsesuai berganding dgn carrot..walnut lbh sesuai. jika walnut ssh nak dpt di msia atau harga mahal, boleh ganti ngan badam.

4. bakar pada suhu 180 C selama 40 min - 1 jam..bila dah 40 min, boleh cek dah masak ke blm..sbb tahap kepanasan oven tiap rumah berbeza..


CREAM CHEESE FROSTING

8 oz cream cheese [biasa sy guna yg 250 g atau yg 200 g tu je ]
1/4 cwn butter [ cairkan ]
1 sk esen vanila
2 cwn gula
1 cwn walnut / pecan [ cincang ]


1. campurkan butter + cream cheese + gula + esen vanila.

2. pukul sehingga mixture jd lembut dan creamy.

3. masukkan walnut atau apa2 kacang selain kacang tanah.

4. frost atas kek carrot yg telah masak & sejuk tadi.


*** boleh juga tabur kacang tu bila dah siap sapu frosting pd kek..terpulang atas citarasa masing2.


Dah siap!! Mudah dan gerenti sedap!!




Inilah hasilnya..buat masa jemput kawan yg nak balik Malaysia datang makan2.

Wednesday, 2 February 2011

Brownies and Cheese Cake

Dah lama buat brownies ni. Tapi masa buatnya, bahan tak berapa nak cukup, sy buat pun sebab terliur tgk rupanya, dan sementelah nak habiskan stok bahan2 yg ada. Konon nak habiskan stok, tengok2 tak cukup gram pulak. Tapi, sy tawakkal je..sy main letak je walau xcukup timbangan..haha..

Resipi ni sy perolehi drpd Myresipi..cuma yg menjadi masalahnya sy tak salin pulak siapa nama tuan punya resipinya. Nanti bolehla cek kat situ..sy minta maaf sbb sy malas pula nak tolong cekkan semula..takpe, janji sy dah kreditkan resipi ini drpd MYR. Terima kasih kepada pemilik resipi brownies cheesecake yg mengancam ni.

Jom lihat resipi..ini disalin bulat2 drpd pemiliknya..


BROWNIES & CHEESE CAKE


**Bahan Brownie**


· 300gm dark chocolate
· 2/3 cawan gula
· 150gn butter
· 1 1/2 cawan tepung gandum
· 1 1/4 cawan whiping cream
· 1 1/4 cawan sour cream (saya guna plain yogurt)
· 2 biji telur


**Bahan Cheese**

· 250gm cream cheese
· 1/3 cawan gula
· 1 biji telur


Cara-cara :

1. Cairkan butter, chocolate & gula atas api sederhana.

2. Pukul telur..tak payah sampai kembang. kemudian masukkan kedalam adunan chocolate, kacau rata.

3. Masukkan pula tepung, whiping cream & sour cream. kacau sebati. Ketepikan sementara.

4. Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok eloknyer guna springform. Selang selikan antara brownie & cheese. (sebelah sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).

6. Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick@sudu@lidi, buat beberapa pusingan pada adunan. Jangan pusing lebih2 sangat!!

7. Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius, selama 30 minit. Bila dah masak dia mmg lembik sikit..sejukkan sekejap. Kalau dah cool, nak masukkan dalam fridge pun boleh, baru senang nak potong.




Kek ni dibuat sempena birthday saya yg ke 32 tak silap..maknanya dah berapa tahun dah buatnye.. :) [aduh..tiba2 terasa diri dah semakin tua..]


Outcome sy jadi xberapa indah seperti yg digambarkan oleh pemilik resipi. Akan tetapi, rasanya sungguh nyaman dan lazat tak terkata. Itulah, silap sy juga kerana nak habiskan stok bahan2nya sedangkan timbangannya tak cukup. Maka, hasilnya pun seolah2 xberapa cukup..xsempurna.

Tak mengapa, cadangnya lain kali nak cuba buat lagi...sebab sedap sangat.

Rupa Brownies Cheese Cake yang telah dipotong.

Friday, 24 December 2010

Super Moist Choc. Cake Kak Nurul

Resipi kek ni saya perolehi daripada senior PSSCM UIAM dulu, kak Nurul Hakim. Belum cuba buat lagi kek ni, tapi risau kot2 terhilang pula resipi beliau. Nak cuba kek coklat pelbagai resipi. Menurut kak Nurul, kek ni kek coklat turun temurun keluarganya dan dijamin moist sangat2. Hmm..bila dah buat nanti saya akan letak gambar kat sini. Oh! Ye..resipi ni disalin bulat2 daripada beliau.


KEK COKLAT SUPER MOIST

Bahan2 kek:


1) 1 1/2 gelas @ cawan @ mug mentega (akk guna planta saja)
2) 2 1/2 gelas tepung gandum
3) 1 gelas serbuk koko (van houten better)
4) 2 gelas castor sugar
5) 1 1/2 gelas air sejuk
6) 1 1/2 camt esen vanilla
7) 4 biji telur
8) 2 biji kuning telur
9) 1 camt bikarbonat
- campur semua bahan no 6,7,8 dlm mangkuk (namanya campuran telur pastu letak di tepi)

* gunakan sukatan gelas yang sama bagi mentega/tepung/gula/air sejuk

Topping:

1) 1 tin susu pekat
2) 1/2 gelas serbuk koko
3) 1/2 gelas minyak jagung
4) 1 camt esen vanilla
5) secubit garam

* campur semua bahan topping, kacau dan masak menggunakan kaedah double boiler. (k.nurul guna kole besi yang dimasak atas air mendidih dalam periuk)

* topping dibuat selepas kek dimasukkan ke dalam oven

cara buat kek:

1) Ayak bersama gandum + serbuk koko + bikarbonat. Gaul rata perlahan2 dan letak di tepi

2) Pukul mentega dgn castor sugar sehingga kembang

3) masukkan campuran telur sedikit demi sedikit ke dalam bahan no 2

4) Masukkan no 1 berselang seli dengan air sejuk. (Cth: masuk bahan no 1, putar sebati pastu masuk air sejuk, putar lagi dan buat sehingga habis)

5) Bakar +- selama satu jam

6) angkat kek yg telah masak, biarkan sejuk dan tuang topping.

* kek lebih sedap sekiranya di letak satu malam dlm fridge sebelum dihidangkan

Wednesday, 17 November 2010

Devonshire Honey Cake

Resipi ni saya belum cuba lagi. Diambil daripada sebuah lamanweb bbcgoodfood. Sila lihat link rujukan. Saya yakin rasa kek ni lazat. Tapi, belum cuba belum tahu. Oleh kerana stok madu tiada, maka saya terpaksa bekukan niat murni ini. Bila dah buat dan hasilnya lumayan, maka saya akan terbitkan foto eksklusifnya di BukuMasakanku.


DEVONSHIRE HONEY CAKE


Ingredients

  • 250g clear honey , plus about 2 tbsp extra to glaze
  • 225g unsalted butter
  • 100g dark muscovado sugar
  • 3 large eggs , beaten
  • 300g self-raising flour

  1. Preheat the oven to fan 140C/ conventional 160C/gas 3. Butter and line a 20cm round loosebottomed cake tin. Cut the butter into pieces and drop into a medium pan with the honey and sugar. Melt slowly over a low heat. When the mixture looks quite liquid, increase the heat under the pan and boil for about one minute. Leave to cool for 15-20 minutes, to prevent the eggs cooking when they are mixed in.
  2. Beat the eggs into the melted honey mixture using a wooden spoon. Sift the flour into a large bowl and pour in the egg and honey mixture, beating until you have a smooth, quite runny batter.
  3. Pour the mixture into the tin and bake for 50 minutes-1 hour until the cake is well-risen, golden brown and springs back when pressed. A skewer pushed into the centre of the cake should come out clean.
  4. Turn the cake out on a wire rack. Warm 2 tbsp honey in a small pan and brush over the top of the cake to give a sticky glaze, then leave to cool. Keeps for 4-5 days wrapped, in an airtight tin.

Sunday, 24 October 2010

Kek Lapis Ekonomi


Ini bukan cubaan pertama membuat kek lapis. Tapi, kali ini berbeza dengan yang sebelumnya kerana bahan2nya tak banyak, dan sungguh menjimatkan. Hasilnya pula, memuaskan..moist! Terima kasih banyak2 kepada KAK FIDA, yang mana saya perolehi resipi ini daripada My Resipi..

Kek lapis saya kali ni hanya berlapiskan haw flakes yang kelihatan masih ada dalam stok. Best juga kalau next time buat, lapis dengan jem atau coklat..heheh..boleh cuba lagi..


KEK LAPIS EKONOMI [KAK FIDA]

A) 250 g susu manis
250 g mentega

B) 6 biji telur yg besar - (disejukkan dlm peti sejuk)
1 cwn gula halus/kastor
2 cwn tepung naik sendiri
1 sk esen vanilla
1 sk ovalette
sedikit pewarna kuning (opt.)

C) kismis/ mix fruits/ prunes/ kurma/ choc chips/ haw flakes/ rempah kek dll - utk tabur pd lapisan kek.


Cara-cara

1. Pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan. (jika menggunakan rempah kek , campurkan kedlm bahan A sekali)

2. Dlm mangkuk berasingan, pukul gula dan telur satu-persatu hingga kembang dan ringan terus masukkan ovalette dan terus pukul.

3. Masukkan campuran dr A tadi dan juga vanilla dan digaul rata (menggunakan senduk).

4. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil digaul perlahan hingga habis.

5. Bakar adunan selapis2 seperti membakar kek lapis betawi dan tabur dgn apa-apa pilihan dari C.



SELAMAT MENCUBA....