Showing posts with label Chicken. Show all posts
Showing posts with label Chicken. Show all posts

Monday, 21 March 2011

Ayam Goreng Rempah

Resipi ni muncul bila dah tiada idea nak masak apa. Nak goreng ayam secara garam kunyit biasa je, macam simple sangat pula. Last2 saya buat style goreng rasa rempah2 sikit. Tengok semua makan laju je. Jadi, lepasla nak masuk kat sini.


AYAM GORENG REMPAH


Sumber : hnyhar


Bahan2:

setengah ekor ayam [bukan ekor ayam]
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sb serbuk kari ayam
1 sk serbuk cili [sy guna cayenne]
1/2 sk serbuk kunyit
garam secukup rasa


Cara2 Menyediakan:

1. Lumur badan ayam yang dipotong sederhana kecil dengan garam.

2. Tumbuk halia & bawang putih. Masukkan dalam bekas besar [bekas utk perap ayam].

3. Masukkan serbuk kari ayam + serbuk cili + serbuk kunyit ke dalam bekas tadi. Gaul rata.

4. Masukkan ayam yang digaul garam tadi. Gaul rata2 rempah pada badan ayam. Perapkan paling minima setengah jam. Jika perap lebih lama, rasanya lagi sedap. Nak lama, peraplah semalaman, ataupun 3 jam.

5. Goreng..minyak tak penuh pun takpe. Jika nak bakar pun boleh, sebab saya sendiri pernah bakar ayam ni guna style yang sama.



ayam yang diperap.

dalam gambar ni, ayamnya sy cuma perap 1 jam saja. peraplah lebih lama untuk rasa lebih lazat.

sedap dimakan ngan nasi panas2.

Thursday, 17 March 2011

Ayam Golek Versi Pedas

Hari tu buat ayam golek tapi versi pedas. Sebab apa dinamakan versi pedas? Sebab...saya gantikan serbuk kari ayam dengan serbuk kari ikan..hihih. Ini semua gara2 serbuk kari ikan yang masih banyak dalam stok dan nak jimat serbuk kari ayam. Sebab tu warna dia pun kemerah2an. :) Tapi, rasa dia sedap jer.


AYAM GOLEK VERSI PEDAS



· 1 ekor baby chicken
· 4 ulas bawang putih
· 2 sudu besar cili kisar
· 1 biji bawang besar [yg besar, jika bwg besar tu saiz kecil, buatlah 2 biji]
· 3 batang serai
· 1 sudu besar serbuk kari ikan [nak letak kari ayam pun boleh]
· 1 inci halia
· 1 cawan susu segar/susu cair [saya guna susu segar]


Cara-cara

1. Baby chicken digaul garam dan kunyit. Rebus hingga separuh masak.

2. Toskan ayam yg direbus tadi. Air rebusan boleh simpan buat kue tiaw kungfu..atau apa2 saja..mee hailam ke.

3. Bakar ayam dalam oven hingga betul2 masak. Kelar badan ayam yang agak berisi supaya lekas masak.

4. Kisar bahan2 di atas kecuali susu. Tumis hingga garing dan naik minyak.

5. Masukkan susu segar. Kacau2 sehingga kuah jadi bertambah pekat. Perasakan dengan garam dan gula.

6. Tuang atas ayam yang dah siap dibakar tadi.



Wednesday, 16 March 2011

Ayam Masak Paprik

Source : My Resipi
Owner : Mutiarazura



Bahan2 :

*300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
* Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
* 3 ulas bawang putih - diketuk
* 1 ulas bawang besar - dipotong baji
* 1/2 inci halia - diketuk
* 1 batang serai - diketuk
* 6 ulas cili padi - diketuk
* 2 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar sos cili
* 1 sudu besar kicap manis
* 1 sudu besar sos ikan
* 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
* Garam secukup rasa (jika perlu)
* 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
* Satu cawan air (jika suka berkuah)

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.

2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.

3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.

4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.

5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).

6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.

7. NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!



Monday, 7 February 2011

Ayam Panggang Mayonis

Kali ni nak letak resipi ayam panggang mayonis. Sebelum ni saya pernah panggang ayam dengan menggunakan mayonis juga tapi dicampur dengan garam dan serbuk kunyit. Kali ini saya buat pesen lain pula. Bila dah masak, rasanya hampir sama dengan ayam percik pula.


AYAM PANGGANG MAYONIS


BAHAN2:

1 ekor ayam kecil [baby chicken]
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudubesar mayonis
1 sudubesar serbuk tikka masala [optional]
2 sudubesar madu
1 sudubesar sos tiram
sedikit garam


CARA2 MENYEDIAKANNYA:

1. Bawang putih dan halia = tumbuk halus

2. Dalam mangkuk besar, masukkan halia + bawang putih tadi. Lepas tu, masukkan bahan2 yang lain seperti dalam senarai. Jangan lupa perasakan betul2.

3. Lumurkan bahan2 ini pada badan ayam. Perap selama 1 jam. Jika nak cepat, memadailah jika diperap setengah jam saja.

4. Bakar dengan suhu 200-230 C sampai ayam masak. Sila kelar2kan bahagian isi ayam yang agak tebal untuk pastikan ayam betul2 masak.


****

Nota: sy susah nak anggarkan berapa sudu garam tu...biasanya saya dash kan je garam serbuk tu..sila estimate sendiri tentang rasanya ok.

Lagi satu, semasa membakar ayam ni, jika guna oven, balut ayam dengan aluminium foil & bakar untuk empukkan isi ayam. Keluarkann sekejap, check jika isi ayam betul2 masak, jika dah half-cooked pun dah ok, lepas tu buka balutan foil dan bakar lagi supaya ayam nampak keperangan dan isi ayam masak.




SELAMAT MENCUBA..

Tuesday, 17 August 2010

Ayam Panggang Birm

AYAM PANGGANG BIRM


Kenapa Birm? Sebab resipi ayam panggang ni saya perolehi daripada rakan2 di Birmingham. Terpesona dengan aroma dan rasa ayam panggang ni membuatkan saya teruja nak tahu cara2 menyediakannya. Terima kasih buat Puan Asyura kerana sudi berkongsi resipi dengan saya. Alhamdulillah, sudah beberapa kali saya berjaya memanggang ayam ini..lazat! Nak cuba? Jom tengok resipi.

Bahan2:

1 ekor baby chicken
1 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk halia
2 sudu kecil serbuk cili
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ketul kiub ayam
1 1/2 sudu besar madu
3/4 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap

Cara2 menyediakannya:

1. Campurkan semua bahan kecuali ayam di dalam mangkuk besar.

2. Lumurkan pada ayam dan perap selama 3 atau 4 jam.

3. Bakar atau boleh juga guna api grill.


** boleh juga dipotong beberapa biji ubi kentang, potong berbentuk wedges, lumurkan sekali dengan rencah tadi, dan bakar bersama ayam.

SELAMAT MENCUBA!!


Saturday, 9 January 2010

Ayam Golek


AYAM GOLEK [kakbesah – myresipi]
·
· 3 biji bawang besar
· 5 ulas bawang putih
· 15 tangkai cili kering
· 3 batang serai
· 1 inci halia dan lengkuas
· 1 sudu besar serbuk kari
· 1 ekor ayam
· 1 cawan santan


Cara-cara

1. rebus ayam separuh masak dan separuh empuk bersama garam dan serbuk kunyit

2. tos kan ayam lalu digoreng hingga masak [tp sy tak goreng pun ayam ni..]

3. mesin semua bahan2 lalu ditumis hingga garing dan naik minyak.

4. masukkan santan dan ayam [haa...saya hanya lumur ayam yg direbus tadi dengan rempah2 tumis ni, kemudian sy bakar ayam ni].

5. ratakan ayam bersama kuahnya sambil rasa asam garam nye..

6. jika pedas,tambah sedikit gula..