Sunday 21 February 2010

Agar2 Susu


AGAR2 SUSU

Resipi ni saya perolehi daripada kawan di Birmingham, Asyura. Pernah menikmatinya semasa menziarahi keluarga beliau sebelum kami berangkat ke Spain. Sedap sangat. Dan, paling penting sekarang saya dah tahu bagaimana untuk memasak jelly tali dengan sukatan yang betul. Jika tidak asyik keras je. Thanx to her!! I really did it!


Bahan2:

1 tin susu cair
5 tin air
1/2 plastik agar2 tali
gula secukup rasa


Cara2:

  • Bilas agar2 tali dengan air.
  • Rebus agar2 dengan 5 tin air [guna tin susu cair utk sukatan].
  • Bila agar2 dah masak dan mendidih, masukkan susu cair dan gula.
  • Kacau hingga larut dan mendidih sekali lagi. Letakkan pewarna kesukaan.
  • Bila dah sebati, tapiskan bancuhan agar2 tadi ke dalam bekas atau loyang. Sejukkan.