Tuesday 17 August 2010

Banana Muffins


BANANA MUFFINS


Resipi mafin pisang yang saya perolehi daripada lamanweb allrecipies. Bila ada pisang lebih, atau yang dah terlebih masak, eloklah dibuat kuih. Nak tunggu sesiapa habiskan, bimbang pisang akan bertukar jadi masam pula. Daripada membazir, jom kita buat mafin pisang ni. Yang bestnya, resipi ni sangat mudah dan menggunakan hanya sebiji telur, banyak pisang. Jadi, kalau ada stok pisang banyak tu, tak perlu risau, buat mafin ni, boleh sedekah kepada jiran.. :)

Bahan2:

1 1/2 cwn tepung gandum serbaguna
1 sk baking powder
1 sk soda bicarbonate
1/2 sk garam
3 biji pisang saiz besar, dilecekkan
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur
1/3 cwn mentega, dicairkan


Cara2 membuatnya:

1. Panaskan oven 175 C. Salutkan tin mafin dengan butter atau boleh pakai non-stick spray jika ada.

2. Ayak bersama tepung gandum, baking powder, soda bicarbonate dan garam.

3. Dalam bekas lain, campurkan pisang yang dilecek, gula, telur dan mentega yang dicairkan.

4. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam bancuhan pisang. Gaul secara kaupbalik. Buat cepat2, jangan kacau lama sangat, nanti mafin tak naik dan jadi bantat dan keras.

5. Sudukan ke dalam muffin cases, 3/4 penuh.

6. Bakar dalam oven. Jika anda buat mini muffins yag comel2 tu je, bakar selama 10-15 minit. Tetapi jika anda buat muffins yang besar2, saiz muffin kat kedai bakery, maka bakarlah selama 25-30 minit.

SELAMAT MENCUBA!

Ayam Panggang Birm

AYAM PANGGANG BIRM


Kenapa Birm? Sebab resipi ayam panggang ni saya perolehi daripada rakan2 di Birmingham. Terpesona dengan aroma dan rasa ayam panggang ni membuatkan saya teruja nak tahu cara2 menyediakannya. Terima kasih buat Puan Asyura kerana sudi berkongsi resipi dengan saya. Alhamdulillah, sudah beberapa kali saya berjaya memanggang ayam ini..lazat! Nak cuba? Jom tengok resipi.

Bahan2:

1 ekor baby chicken
1 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk halia
2 sudu kecil serbuk cili
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ketul kiub ayam
1 1/2 sudu besar madu
3/4 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap

Cara2 menyediakannya:

1. Campurkan semua bahan kecuali ayam di dalam mangkuk besar.

2. Lumurkan pada ayam dan perap selama 3 atau 4 jam.

3. Bakar atau boleh juga guna api grill.


** boleh juga dipotong beberapa biji ubi kentang, potong berbentuk wedges, lumurkan sekali dengan rencah tadi, dan bakar bersama ayam.

SELAMAT MENCUBA!!


Monday 16 August 2010

Eggless Chocolate Muffins

Saya mohon maaf kerana saya dah lupa dari manaa saya dapat resipi ni. Tapi, jika tak salah, dari english website. Tertarik dengan resipi ni kerana tidak menggunakan sebiji telur pun.


Bahan2:


275 g tepung naik sendiri
50 g serbuk koko
1 sudu besar baking powder
250 g gula kaster
135 ml minyak sayur [kat sini sy guna sunflower oil, nak hasil yg lg sedap, silalah guna minyak jagung ye..]
350 ml susu segar
beberapa titik esen vanila

Cara2 Membuatnya:

1. Tapis tepung gandum + serbuk koko + baking powder. Lepas tu, masukkan gula kaster. Biarkan.

2. Dalam mangkuk lain, campurkan bersama minyak sayuran + susu segar + esen vanila.

3. Tuang bahan cecair ke dalam bahan2 kering tadi. Gaulkan sehingga adunan batter lembut terhasil. Kacau je pakai senduk kayu. Tak payah pakai whisk pun.

4. Sudukan ke dalam muffincases. Saya rasa muffin ni tak sesuai jika direct letak dalam muffin tray pasal dia ni jenis 'cake-like' muffin..sticky..kalau yg satu jenis lagi tu..'bread-like muffin' takpe, boleh direct letak battter dlm muffin tray tanpa muffincases/papercups sbb dia kering dan tak melekat pada tray.

** Eggless choc muffins ni rasa dia boleh tahan..teksturnya sangat berbeza daripada muffins yang mengandungi telur..yang ada telur lebih rasa lemak. Bagi mereka yang ketiadaan stok telur, memang sesuaila nak buat muffins ni.


SELAMAT MENCUBA!