Monday 16 August 2010

Eggless Chocolate Muffins

Saya mohon maaf kerana saya dah lupa dari manaa saya dapat resipi ni. Tapi, jika tak salah, dari english website. Tertarik dengan resipi ni kerana tidak menggunakan sebiji telur pun.


Bahan2:


275 g tepung naik sendiri
50 g serbuk koko
1 sudu besar baking powder
250 g gula kaster
135 ml minyak sayur [kat sini sy guna sunflower oil, nak hasil yg lg sedap, silalah guna minyak jagung ye..]
350 ml susu segar
beberapa titik esen vanila

Cara2 Membuatnya:

1. Tapis tepung gandum + serbuk koko + baking powder. Lepas tu, masukkan gula kaster. Biarkan.

2. Dalam mangkuk lain, campurkan bersama minyak sayuran + susu segar + esen vanila.

3. Tuang bahan cecair ke dalam bahan2 kering tadi. Gaulkan sehingga adunan batter lembut terhasil. Kacau je pakai senduk kayu. Tak payah pakai whisk pun.

4. Sudukan ke dalam muffincases. Saya rasa muffin ni tak sesuai jika direct letak dalam muffin tray pasal dia ni jenis 'cake-like' muffin..sticky..kalau yg satu jenis lagi tu..'bread-like muffin' takpe, boleh direct letak battter dlm muffin tray tanpa muffincases/papercups sbb dia kering dan tak melekat pada tray.

** Eggless choc muffins ni rasa dia boleh tahan..teksturnya sangat berbeza daripada muffins yang mengandungi telur..yang ada telur lebih rasa lemak. Bagi mereka yang ketiadaan stok telur, memang sesuaila nak buat muffins ni.


SELAMAT MENCUBA!

4 comments:

Anonymous said...

salam kak.. ermm.. sy baru je layan blog akak ni..tp hampir sume entry akak sy dh baca.. 1st time jmpe blog akak ni masa godek2 resepi kat tenet ni..ermm.. kalo tak salah,dolu2 akak ada wat kuih lapis ek.. yg horlicks ngan milo? cam sedaap je.. mntak resepi blh?? almaklumlah, sy ni baru je brjinak2nak ke dapur.student lah katakan.. huhu..
-syah-

hnyhar said...

salam..

oooh terima kasih..yg tu kek lapis horlicks ngan milo..nanti akak publish kat sini..

Anonymous said...

saya buh dalae link saya blog awok ni... senae nok tahu bilo awok update

hnyhar said...

fa10,
tq..doakan ambo rajin2 update..:)