Sunday 26 September 2010

Kek Coklat Lembap


KEK COKLAT LEMBAP


Resipi ni saya perolehi drpd rakan Malaysia di sini [Nik Marlina]. Apa yang menarik tentang resipinya adalah penggunaan minyak masaklah. Tak guna mentega. Telur pula hanya guna 2 biji saja. Jimat kan. Cuma serbuk koko ajelah kot yang kena pakai banyak. Adunan kek ni jika kita kacau guna senduk je, tekstur keknya akan jadi macam tekstur chocolate ball. Moist sangat. Dan, jika kita pukul adunan ni pakai hand whisk [bukan hand mixer ye], tekstur kek tu nanti jadi gebu dan moist. Jadi, sekarang ni terpulanglah kepada diri sendiri nak outcome camne. Kalau nak kek tu jadi ala2 brownies, kacau je guna senduk pelan2. Jika tidak, gunakanlah cara yg satu lagi tu.

Oklah, jom lihat bahan2nya.

Bahan2:

2 cwn tepung gandum biasa
1 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bicarbonate

== Ayak semua bahan di atas ==

1 cwn minyak masak
Italic1 cwn susu segar
1 cwn air suam
1 sk nescafe
2 biji telur [pukul dulu sekejap]
1 1/2 cwn gula
3 sb susu pekat manis
secubit garam


Cara2 menyediakannya :

1. Masukkan semua bahan mula dr minyak masak sampailah garam. Kacau rata.

2. Lepas dah sebati, barulah masukkan bahan2 yang diayak tadi, sedikit2. Kacau biar sebati.

3. Bakar dalam oven bersuhu 150 C selama 1 jam 15 minit.


Kek coklat ni dah jadi resipi favourite saya. Mudah sangat menyediakannya. Gambar dalam entry ni adalah semasa kami mengadakan majlis rumah terbuka Clarence Street tempohari. Topping yang saya buat tu agak cair sikit. Entahlah, mungkin kalut agaknya, saya tersilap terus campurkan butter dan gula aising, sepatutnya kena pukul butter sampai lembut dulu baru masukkan gula tu. Ish..nasib baikla habis licin. Tak sampai 2 jam dessert ni dah lesap..

Close up outcome masa open house kami hari tu. Jelas sekali kecomotannya. Hahah..malu je kalau ada chef tengok.. :)

Sunday 5 September 2010

Pencuri

Sejak akhir2 ini 'curi karya, resipi dan gambar' sering berlaku di kalangan blogger. Terbaru, saya mendapat berita resipi ENCIK MAT GEBU beserta gambar masakannya sekali dicilok oleh seseorang yang tidak bermaruah dan tidak bertanggungjawab. Saya cukup bersimpati kepada EMG di atas apa yang telah berlaku. Nampaknya ini bukanlah kali pertama beliau dianiaya. Paling hebat sebelum ini, pihak majalah masakan terkenal di Malaysia yang juga bersikap tidak matang dan tidak beretika, merampas dan mencuri hasil air tangan EMG dan disiarkan di dada majalah tanpa sebarang acknowledgement. Pheww...boleh saman ni..saman bawah akta copyright.

Saya berpesan kepada pembaca blog mahupun blogger2 malah kepada diri saya sendiri agar sentiasa berwaspada dan tidak memandang remeh tentang apa yang kita baca dan perolehi dari mana2 blog. Jika berminat untuk menyiar kembali apa2 karya atau resipi, jangan lupa nyatakan dari manakah sumber yang diperolehi itu. Dalam kehidupan perlu ada sikap jujur..supaya Allah SWT nampak keikhlasan dan kejujuran kita. Moga kita semua sentiasa beringat..

Kenalilah diri kita..binalah identiti tersendiri tanpa mengganggu dan merampas hak orang lain..na'uzubillah min assyaitan arrajim...

Homemade Buttermilk

Buttermilk sebenarnya bukan sejenis butter, malah ia lebih rendah kandungan lemaknya berbanding susu yang manis. Teksturnya hampir sama dengan tairu. Di sini, buttermilk boleh dicari di dairy area. Tapi, jangan risau kalau tak pernah jumpa benda alah ni pasal, kita juga boleh membuat homemade buttermilk.


Cara2 membuat buttermilk:

1 cwn [240 ml] susu segar
1 sb jus lemon


** Campurkan kedua2 bahan di atas, kemudian biarkan 15-20 min.



Sumber drpd : JoyofBaking

Red Velvet Cake

RED VELVET CAKE


Kali ni nak share resipi kek yang saya akses di JoyofBaking website. Resipi kek ni simple. Jom tengok bahan2nya.


Bahan2:

2 1/2 cups cake flour [sifted]
1/2 tsp salt
2 tbsp cocoa powder
1/2 cup unsalted butter at room temperature
1 1/2 cups sugar
2 large eggs
1 tsp vanilla extract
1 cup buttermilk
2 tbsp food red colouring [liquid]
1 tsp white vinegar
1 tsp bicarbonate soda


Cara2 menyediakannya:


1. sift flour, salt & cocoa powder.

2. beat butter until soft [about 1-2 mins].

3. add sugar & beat until light and fluffy [2-3 mins].

4. add eggs, one at a time. beating well after each addition.

5. add vanilla extract & beat until combined.

6. in cup, whisk the buttermilk & red colouring.

7. alternately add flour mixture & buttermilk to the butter mixture, in 3 additions, beginning and ending with flour.

8. in small cup, combine vinegar & bicarbonate soda. allow to fizz and quickly fold into the cake batter.

9. bake for 25-30 minutes [if divided by 2 pans].

*** kek ni sepatutnya ada 2 lapis, sbb itu resipi asal suruh letak dlm 2 baking tins yg sama saiz. macam saya, takde baking tin yg sama besar, jadi saya bakar je sebiji kek tu dan saya cuba potong dua sampai senget benget jadinya..he3.




Inilah rupa 1st try red velvet cake saya yang tak berapa menjadi warna 'red velvet' nya tu. Next time saya kena letak pewarna merah lebih sikit kot. Rasanya, sedap dan lemak2. Bolehlah nak cuba.