Saturday 26 June 2010

Apam Gula Hangus

Sudah lama tak update apa2 masakan dalam blog masakan saya ini. Harapnya takdela hangat2 chicken poo pula..hidup segan mati tak mahu..kih3. Abang, saya sahut cabaran abang ni..insyaAllah blog ni tak akan ditutup. Sebab, ini macam buku resipi simpanan saya..ehehehe.

Kali ini saya nak kongsi resipi Apam Gula Hangus yang saya dapati daripada MyResipi. Resipi asal milik Hazz 63. Terima kasih kepada beliau. Dah 3 kali saya masak kuih ni dan hasilnya alhamdulillahh, menjadi dan sedap. Memang saya dan anak2 menyukainya [suami tak suka kuih2 manis.. :) ].


APAM GULA HANGUS

BAHAN2:

2 biji telur
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak masak
2 sudubesar marjerin
2 sudubesar susu pekat
1 suduteh soda bikarbonat
1 1/2 cwn tepung gandum


CARA2 MEMBUATNYA:

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air. Sejukkan.

2. Pukul susu, telur, minyak masak dan marjerin [3 minit].

3. Masukkan gula hangus yang telah disejukkan tadi, bersama2 soda bikarbonat. Pukul lagi [saya guna hand mixer, boleh juga guna blender sbb tuan punya resipi ni pakai blender je].

4. Kemudian, masukkan tepung gandum. Pukul sebati.

5. Kukus dalam loyang yang telah disapu minyak masak selama 45 minit. Jika bekas kecil seperti dalam gambar di atas, kukus selama 15 minit saja.