Sunday 9 January 2011

Kuih Lapis

KUIH LAPIS


Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..boleh tambah jika suka lebih manis
3 cwn santan..tambah jika perlu
1 camca teh garam
Pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)

Cara-cara:

1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.

2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.

3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.

4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.

5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih. Biarkan selama 6min-8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.


*TIPS utk mendaptkan hasil kukusan yg tidak keras atau tidak terlalu lembik:

(i)Sekiranya sukatan semua tepung adalah 2 cwn, maka adunan yg telah dicampur santan hendaklah menjadi 4 cwn. Maksudnya jumlah adunan cair adalah 2 kali ganda jumlah adunan tepung.

(ii)Gunakan cwn yg sama utk semua sukatan.

(iii)Kalau tak de pewarna merah, rinn kekadang guna Rose Syrup F&N..brand lain pun boleh. Kalau guna yg ini tak payah bubuh esen ros daaaahh..





Resipi ni saya copy dan paste daripada tuan empunya...iaitu Puan Rinnchan dari fotopagesnya. Saya suka akan tekstur kuih lapis yang lembut dan memang lemak berkrim. Rasanya pun tidaklah manis sangat. Terima kasih kepada Pn Rinnchan atas resipi kuih lapis yang sedap ni.

No comments: