Thursday, 10 December 2009

Butter Icing

Resipi ni saya perolehi drpd sebuah buku masakan mat saleh. Maaf saya lupa catat nama buku dan author tu, bila2 masa nanti, bila dah dapat, saya acknowledged di sini..

Manalah tahu kot2 nak buat deco untuk kek pulak pasni..

Bahan2 [utk buat 450 g icing]:

1/2 cwn unsalted butter, softened [125 g]
2 cwn gula aising [225 g], diayak
2 st susu segar [10 ml]
1 st esen vanila [5 ml]


Cara2:

1. Letak butter dlm mangkuk. Pukul guna hand mixer hingga ringan & gebu.

2. Masukkan gula aising + susu + esen vanila + perisa**. Pukul lagi.

3. Sedia untuk disapu pada kek.


** Utk perisa:

Citrus : Gantikan susu + esen vanila dgn perahan oren, lemon atau limau nipis dengan 2 st parutan oren, lemon atau limau nipis. Tapi, jika kita nak pipe aising tu, xyah letak parutan ini. Kang tak pasal2 tersumbat pula nozzle tu..hek2.

Coklat : Campurkan 1 sb serbuk koko + 1 sb air panas. Sejukkan dulu, pastu baru boleh campur dlm adunan aising tu.

Kopi : Campurkan 2 st serbuk kopi [nescafe la ni kot] + 1 sb air panas. Sama juga, sejukkan dulu.







No comments: