Thursday, 10 December 2009

Homemade Marzipan

Saya biasa makan marzipan ni dalam coklat Thorntons. Anak2 memang tak suka bau marzipan ni. Saya pula, tiada masalah asalkan tekak saya boleh telan maknanya approved la tu. Marzipan ni sejenis pes yg boleh dilentur2 & diperbuat drpd serbuk badam & campuran gula.

Jom tengok camne cara nak buatnye.

Bahan2:

2 1/4 cwn serbuk badam [225 g]
1/2 cwn gula kaster [125 g]
3/4 cwn gula aising [125 g]
1 st jus lemon
beberapa titik esen badam
1 biji telur [dipukul]

Cara2:

1. Masukkan serbuk badam + gula kaster + gula aising dlm mangkuk. Kacau hingga sebati.

2. Buat lubang kat tengah2, masukkan jus lemon + esen badam + telur untuk menghasilkan doh yg lembut guna senduk kayu ye..

3. Bentukkan ia jadi macam bola. Pastu uli dgn menabur sedikit gula aising atas permukaan tmpt menguli tu..pastu ulilah sampai xde kesan retak..[crack].

4. Balut dlm cling film [plastic wrap] @ boleh juga simpan dlm plastik 'rok-rak' sehingga sedia utk diguna bila diperlukan.


No comments: