Sunday, 17 October 2010

Homemade Kaya

HOMEMADE KAYA

Kali pertama membuat kaya sendiri dengan bantuan idea resipi daripada Haziq di My Resipi, alhamdulillah..akhirnya menjadi. Seronok tak terkata sebab dah lama mengidam nak makan roti bakar sapu kaya. Pheeww...percaya atau tidak, sebuku roti Hovis lesap dalam masa 3 hari saja..hubby dan anak2 pun menggemarinya kecuali Iffah..dia sorang je yang tak suka kaya..hohoho..ibu lagi suka kalau kakak tak suka..

Kaya ni rasanya tak ubah macam kaya yang dijual kat kedai [heheh...perasan..]. Terima kasih kepada Haziq atas resipi yang best ni. Saya buat dapat sebotol balang chocolate spread jenama TESCO tu. Simpan dalam peti sejuk, tahan juga seminggu. Bestnya jika dapat buat pau inti kaya. Belum pernah lagi cuba buat pau ni. Mungkin lain kali..apapun, jom lihat resipinya..


Bahan2:

2 cwn gula
1/2 cwn air
500 ml santan pekat
5 biji kuning telur
2 sudubesar tepung kastad [dibancuh ngan sedikit air]
1 helai daun pandan


Cara2:

1. Campurkan gula & air dalam periuk. Jadikan gula hangus.

2. Bila dah kuning, masukkan santan pekat. Kacau hingga larut. Biarkan sejuk betul2.

3. Bila dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastad & daun pandan.

4. Kacau di atas api yang sederhana hingga mendidih.

5. Jangan risau, kaya ni akan jadi pekat bila dah sejuk.

Tuesday, 12 October 2010

Marble Cheese Brownies

: : MARBLE CHEESE BROWNIES : :

Resipi ni dah 2 kali buat dan hasilnya alhamdulillah menyelerakan dan sedap. Terima kasih tak terhingga kepada CIK MAT GEBU. Sedap brownies ni. Sila lihat resipi di bawah, yang mana saya copy paste saja daripada blog CMG.


MARBLE CHEESE BROWNIES [tiffinbiru]

BAHAN BROWNIES :

250 g mentega
1 cawan serbuk koko

1/2 cawan susu cair

1 1/2 cawan gula halus

3 biji telur gred B

1 1/2 cawan tepung gandum*

1 camca teh baking powder*

1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :

250 g cream cheese
1 cawan gula halus (cik mat gebu guna 3/4 cawan,saya pun ikut cik mat juge )

1 biji telur gred B



1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.

2. UNTUK BROWNIES :-

Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata.

Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati.

Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata.

Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata.

Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese.

Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.



3. UNTUK CHEESE TOPPING :-

Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar.

Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...


Monday, 11 October 2010

Rojak Buah

Beberapa hari yg lalu, saya buat rojak buah setelah teringat2 rojak buah masa makan di Hull hari tu. Kali ini, saya cuma potong2 je buah ni, kuahnya dah ada, hehe. Tapi, takpe, saya letak resipi kuah rojak tu di sini. Sila scroll down ke bawah jika anda nak cepat.

Untuk rojak buah 1st time ni, saya gunakan sebiji buah nenas saiz kecil yg berharga 1 pound, beli di ASDA dan juga 5 biji epal bersaiz kecil juga, spesis British Heritage Apples. Sebenarnya epal ni dah lama dok dalam peti ais, tiada siapa yg menggemarinya dek teksturnya yang agak keras dan rasa yang masam2 sedikit. Bahagian isi epal ini berwarna pink kemerah2an. Iffah si ratu epal itu pun tak sudi memakannya. Jadi, untuk tidak menghampakan epal2 ini, saya telah potong2kan bentuk kiub dan campurkan dalam mangkuk rojak saya.

Agaknya epal inilah kot yg sedang masak ranum sekarang ni di tepi pagar sekolah budak2 ni. Terliur nak petik sebiji dua tiap kali memandang ke arah pokok2 itu. Jangan...jangan...nanti tak pasal2 kena kejar ngan Mr. Oliver..haha..

Rupa buah2anku di dalam mangkuk.

Homemade kuah rojak ini telah ditaja oleh puan Zarimah, rakan MISG UK-EIRE di Hull semasa saya berkunjung ke rumah beliau sempena majlis rumah terbuka. Resipinya seperti berikut:


Bahan2:

1 botol sos cili [lg best jika yg flaming hot tu]
1 botol kicap manis [sila guna botol sos cili td utk menyukat kicap ini]
sebesar ibujari belacan
gula [mengikut empunya resipi, sukahatilah nak letak banyak mana gula tu, jika nak kuah pekat, letakla banyak gula]


Cara2 menyediakannya:

Senang saja. Gaulkan semua bahan di atas tadi. Simpan dalam peti ais. Voila!! Mudah bukan...tak perlu pakai petis udang ke apa..nak lagi sedap, campurkan kacang tanah yg telah ditumbuk sederhana halus dalam kuah rojak ni. Terangkat!

Inilah rupa campuran buah2an tropika dan western setelah digaul dengan kuah rojak. Rasanya sungguh marvellous.

Saturday, 2 October 2010

Apam Kukus

Kali ni nak letak resipi apam kukus atau dalam bahasa Kelate dipanggil kuih 'ambung'. Biasa makan kuih ni masa kecil2 dulu. Dan, jika di kampung, jiran depan rumah kami selalu kasi kuih ni time raya atau majlis2 keramaian di rumahnya. Saya dapat resipi ni daripada kawan di Birmingham, Asyura. Terima kasih kepada beliau kerana bermurah hati berkongsi resipi ini.


Bahan2:

3 biji telur
1 1/2 cwn gula
2 cwn tepung gandum
3/4 cwn air suam
1 sb baking powder


Cara Menyediakannya:

1. Pukul telur & gula hingga kembang.

2. Masukkan tepung gandum & baking powder sikit demi sikit.

3. Masukkan air suam & gaul sebati.

4. Letakkan pewarna kesukaan. Kukus selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Apam yang dah siap dipotong.

Sunday, 26 September 2010

Kek Coklat Lembap


KEK COKLAT LEMBAP


Resipi ni saya perolehi drpd rakan Malaysia di sini [Nik Marlina]. Apa yang menarik tentang resipinya adalah penggunaan minyak masaklah. Tak guna mentega. Telur pula hanya guna 2 biji saja. Jimat kan. Cuma serbuk koko ajelah kot yang kena pakai banyak. Adunan kek ni jika kita kacau guna senduk je, tekstur keknya akan jadi macam tekstur chocolate ball. Moist sangat. Dan, jika kita pukul adunan ni pakai hand whisk [bukan hand mixer ye], tekstur kek tu nanti jadi gebu dan moist. Jadi, sekarang ni terpulanglah kepada diri sendiri nak outcome camne. Kalau nak kek tu jadi ala2 brownies, kacau je guna senduk pelan2. Jika tidak, gunakanlah cara yg satu lagi tu.

Oklah, jom lihat bahan2nya.

Bahan2:

2 cwn tepung gandum biasa
1 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bicarbonate

== Ayak semua bahan di atas ==

1 cwn minyak masak
Italic1 cwn susu segar
1 cwn air suam
1 sk nescafe
2 biji telur [pukul dulu sekejap]
1 1/2 cwn gula
3 sb susu pekat manis
secubit garam


Cara2 menyediakannya :

1. Masukkan semua bahan mula dr minyak masak sampailah garam. Kacau rata.

2. Lepas dah sebati, barulah masukkan bahan2 yang diayak tadi, sedikit2. Kacau biar sebati.

3. Bakar dalam oven bersuhu 150 C selama 1 jam 15 minit.


Kek coklat ni dah jadi resipi favourite saya. Mudah sangat menyediakannya. Gambar dalam entry ni adalah semasa kami mengadakan majlis rumah terbuka Clarence Street tempohari. Topping yang saya buat tu agak cair sikit. Entahlah, mungkin kalut agaknya, saya tersilap terus campurkan butter dan gula aising, sepatutnya kena pukul butter sampai lembut dulu baru masukkan gula tu. Ish..nasib baikla habis licin. Tak sampai 2 jam dessert ni dah lesap..

Close up outcome masa open house kami hari tu. Jelas sekali kecomotannya. Hahah..malu je kalau ada chef tengok.. :)

Sunday, 5 September 2010

Pencuri

Sejak akhir2 ini 'curi karya, resipi dan gambar' sering berlaku di kalangan blogger. Terbaru, saya mendapat berita resipi ENCIK MAT GEBU beserta gambar masakannya sekali dicilok oleh seseorang yang tidak bermaruah dan tidak bertanggungjawab. Saya cukup bersimpati kepada EMG di atas apa yang telah berlaku. Nampaknya ini bukanlah kali pertama beliau dianiaya. Paling hebat sebelum ini, pihak majalah masakan terkenal di Malaysia yang juga bersikap tidak matang dan tidak beretika, merampas dan mencuri hasil air tangan EMG dan disiarkan di dada majalah tanpa sebarang acknowledgement. Pheww...boleh saman ni..saman bawah akta copyright.

Saya berpesan kepada pembaca blog mahupun blogger2 malah kepada diri saya sendiri agar sentiasa berwaspada dan tidak memandang remeh tentang apa yang kita baca dan perolehi dari mana2 blog. Jika berminat untuk menyiar kembali apa2 karya atau resipi, jangan lupa nyatakan dari manakah sumber yang diperolehi itu. Dalam kehidupan perlu ada sikap jujur..supaya Allah SWT nampak keikhlasan dan kejujuran kita. Moga kita semua sentiasa beringat..

Kenalilah diri kita..binalah identiti tersendiri tanpa mengganggu dan merampas hak orang lain..na'uzubillah min assyaitan arrajim...

Homemade Buttermilk

Buttermilk sebenarnya bukan sejenis butter, malah ia lebih rendah kandungan lemaknya berbanding susu yang manis. Teksturnya hampir sama dengan tairu. Di sini, buttermilk boleh dicari di dairy area. Tapi, jangan risau kalau tak pernah jumpa benda alah ni pasal, kita juga boleh membuat homemade buttermilk.


Cara2 membuat buttermilk:

1 cwn [240 ml] susu segar
1 sb jus lemon


** Campurkan kedua2 bahan di atas, kemudian biarkan 15-20 min.



Sumber drpd : JoyofBaking