Tuesday, 17 August 2010

Ayam Panggang Birm

AYAM PANGGANG BIRM


Kenapa Birm? Sebab resipi ayam panggang ni saya perolehi daripada rakan2 di Birmingham. Terpesona dengan aroma dan rasa ayam panggang ni membuatkan saya teruja nak tahu cara2 menyediakannya. Terima kasih buat Puan Asyura kerana sudi berkongsi resipi dengan saya. Alhamdulillah, sudah beberapa kali saya berjaya memanggang ayam ini..lazat! Nak cuba? Jom tengok resipi.

Bahan2:

1 ekor baby chicken
1 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk halia
2 sudu kecil serbuk cili
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ketul kiub ayam
1 1/2 sudu besar madu
3/4 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap

Cara2 menyediakannya:

1. Campurkan semua bahan kecuali ayam di dalam mangkuk besar.

2. Lumurkan pada ayam dan perap selama 3 atau 4 jam.

3. Bakar atau boleh juga guna api grill.


** boleh juga dipotong beberapa biji ubi kentang, potong berbentuk wedges, lumurkan sekali dengan rencah tadi, dan bakar bersama ayam.

SELAMAT MENCUBA!!


Monday, 16 August 2010

Eggless Chocolate Muffins

Saya mohon maaf kerana saya dah lupa dari manaa saya dapat resipi ni. Tapi, jika tak salah, dari english website. Tertarik dengan resipi ni kerana tidak menggunakan sebiji telur pun.


Bahan2:


275 g tepung naik sendiri
50 g serbuk koko
1 sudu besar baking powder
250 g gula kaster
135 ml minyak sayur [kat sini sy guna sunflower oil, nak hasil yg lg sedap, silalah guna minyak jagung ye..]
350 ml susu segar
beberapa titik esen vanila

Cara2 Membuatnya:

1. Tapis tepung gandum + serbuk koko + baking powder. Lepas tu, masukkan gula kaster. Biarkan.

2. Dalam mangkuk lain, campurkan bersama minyak sayuran + susu segar + esen vanila.

3. Tuang bahan cecair ke dalam bahan2 kering tadi. Gaulkan sehingga adunan batter lembut terhasil. Kacau je pakai senduk kayu. Tak payah pakai whisk pun.

4. Sudukan ke dalam muffincases. Saya rasa muffin ni tak sesuai jika direct letak dalam muffin tray pasal dia ni jenis 'cake-like' muffin..sticky..kalau yg satu jenis lagi tu..'bread-like muffin' takpe, boleh direct letak battter dlm muffin tray tanpa muffincases/papercups sbb dia kering dan tak melekat pada tray.

** Eggless choc muffins ni rasa dia boleh tahan..teksturnya sangat berbeza daripada muffins yang mengandungi telur..yang ada telur lebih rasa lemak. Bagi mereka yang ketiadaan stok telur, memang sesuaila nak buat muffins ni.


SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 26 June 2010

Apam Gula Hangus

Sudah lama tak update apa2 masakan dalam blog masakan saya ini. Harapnya takdela hangat2 chicken poo pula..hidup segan mati tak mahu..kih3. Abang, saya sahut cabaran abang ni..insyaAllah blog ni tak akan ditutup. Sebab, ini macam buku resipi simpanan saya..ehehehe.

Kali ini saya nak kongsi resipi Apam Gula Hangus yang saya dapati daripada MyResipi. Resipi asal milik Hazz 63. Terima kasih kepada beliau. Dah 3 kali saya masak kuih ni dan hasilnya alhamdulillahh, menjadi dan sedap. Memang saya dan anak2 menyukainya [suami tak suka kuih2 manis.. :) ].


APAM GULA HANGUS

BAHAN2:

2 biji telur
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak masak
2 sudubesar marjerin
2 sudubesar susu pekat
1 suduteh soda bikarbonat
1 1/2 cwn tepung gandum


CARA2 MEMBUATNYA:

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air. Sejukkan.

2. Pukul susu, telur, minyak masak dan marjerin [3 minit].

3. Masukkan gula hangus yang telah disejukkan tadi, bersama2 soda bikarbonat. Pukul lagi [saya guna hand mixer, boleh juga guna blender sbb tuan punya resipi ni pakai blender je].

4. Kemudian, masukkan tepung gandum. Pukul sebati.

5. Kukus dalam loyang yang telah disapu minyak masak selama 45 minit. Jika bekas kecil seperti dalam gambar di atas, kukus selama 15 minit saja.


Monday, 22 March 2010

Cheese Cake [Gee]

1st time buat cheese cake guna teknik water-bath. Hmm...hasilnya sangat memuaskan. Resipi kali ni saya dapati daripada Gee, kawan baik saya masa di SM dahulu. Sungguh mudah menyediakannya, bahan2 pun takdelah cerewet mana. Jom, tengok resipi!!


CHEESE CAKE

BAHAN2:

30 keping digestive [saya guna richtea biscuits, sama mcm biskut marie,sedap!]
1/4 buku butter
1 paket serbuk badam

** Panaskan oven 180 C. Hancurkan biskut. Kemudian, cairkan butter. Pastu, campurkan dengan biskut yang dihancurkan dan serbuk badam. Sebatikan dan masukkan dalam loyang yang telah disapu butter & alas baking parchment. Tekan2 biar padat. Masukkan dalam oven utk dibakar selama 10 minit. [sy cuma sejukkan dalam peti sejuk je].

500 g cream cheese
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan plain yogurt
1 tsp esen vanila
2 tbsp perahan lemon

** Pukul cream cheese sampai gebu. Masukkan gula, telur, esen vanila, dan yogurt yg dicampurkan dengan perahan lemon. Pukul sebati, jangan overmix, nanti kek jadi merekah.

** Keluarkan base yg dibakar [jika bakarlaa..]. Tuang adunan kek ke atas base. Pastu balut loyang hingga separuh tinggi untuk elakkan air drpd masuk dlm loyang kek [sbb kita guna teknik water-bath].

** Dah siap balut, letak loyang kek dalam loyang besar yg lebih besar. Pastu, masukkan air dalam loyang besar. Dah siap, masukkan dalam oven, bakar 40-50 minit.

** Cukup je masa, matikan oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu terbuka untuk elakkan kek dr merekah. Biarkan kek semalaman dalam peti ssejuk untuk dapatkan hasil yg superb!

SELAMAT MENCUBA!!!



Hahaa...kelihatan comot sangat cheese cake saya ni gara2 tak sabar nak makan. Bukan saya..tapi Ameen yang memang tersangat2 suka akan kek keju ni

Sunday, 21 February 2010

Agar2 Susu


AGAR2 SUSU

Resipi ni saya perolehi daripada kawan di Birmingham, Asyura. Pernah menikmatinya semasa menziarahi keluarga beliau sebelum kami berangkat ke Spain. Sedap sangat. Dan, paling penting sekarang saya dah tahu bagaimana untuk memasak jelly tali dengan sukatan yang betul. Jika tidak asyik keras je. Thanx to her!! I really did it!


Bahan2:

1 tin susu cair
5 tin air
1/2 plastik agar2 tali
gula secukup rasa


Cara2:

  • Bilas agar2 tali dengan air.
  • Rebus agar2 dengan 5 tin air [guna tin susu cair utk sukatan].
  • Bila agar2 dah masak dan mendidih, masukkan susu cair dan gula.
  • Kacau hingga larut dan mendidih sekali lagi. Letakkan pewarna kesukaan.
  • Bila dah sebati, tapiskan bancuhan agar2 tadi ke dalam bekas atau loyang. Sejukkan.


Friday, 22 January 2010

Kerutuk Kambing


Resipi ni saya buat asas panduan je, diambil daripada MyResipi. Pastu saya make do apa yang ada di dapur. Pokok pangkalnya, bahan asas mesti ada, cuma kuantiti saja yang tak sama. Nak masak kerutuk mestilah wajib ada rempah kerutuk dari Kelantan la..mana lagi kan. Rasanya..terangkaaaat. Saya masak kerutuk kambing ni semasa program sambutan Eidul Adha Malaysia-Durham.

Bahan2:

· 500g daging
· 4 sudu besar rempah kerutuk

· 2 sudu cili giling

· 1/2 biji bawang besar

· 3 cawan santan pekat

· 2 sudu besar kicap pekat

· 1/2 keping gula melaka/manisan

· 2 sudu besar kerisik


[bahan tumis]


· 1/2 bawang besar
· 1/2 inci halia
· 2 ulas bawang putih

· 1 batang kulit kayu manis

· 2 kuntum bunga lawang

· 3 kuntum bunga cengkih

· 3 biji buah pelaga

· 3 sudu besar minyak


Cara-cara:

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.


2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk


3. Panaskan minyak


4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi


5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi


6. Masak sehingga pecah minyak


7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.

8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.


9. Siap untuk dihidang.

Peanut Butter Cupcakes


Resipi ni saya ambil dari laman web allrecipes. Tanpa mengubah apa2, saya tepek resipinya di sini. Selamat mencuba..rasa cupcakes ni tak ubah seperti biskut mazola..

Ingredients:

· 2 cups brown sugar
· 1/2 cup shortening
· 1 cup peanut butter
· 2 eggs
· 1 1/2 cups milk
· 1 teaspoon vanilla extract
· 2 1/2 cups all-purpose flour
· 1 teaspoon baking soda
· 2 teaspoons cream of tartar
· 1 pinch salt

Directions:

1. Preheat the oven to 350 degrees F (175 degrees C). Line a cupcake pan with paper liners, or grease and flour cups.

2. In a large bowl, mix together the brown sugar, shortening and peanut butter until light and fluffy. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. Combine the flour, cream of tartar, baking soda and salt; stir into the batter alternately with the milk. Spoon into the prepared muffin cups.

3. Bake for 15 to 20 minutes in the preheated oven, until the top of the cupcakes spring back when lightly pressed. Cool in the pan for at least 10 minutes before removing to a wire rack to cool completely.