Thursday 10 December 2009

American Frosting

Aising ni agak crispy di bahagian luarannya bila dibiarkan kering. Bagusnya aising ni bila ia xmelekat melekit2 berminyak di tangan @ bekas berbanding butter icing..hmm. Tapi, org mengandung tak digalakkan makan kek yg dihias aising ni sbb dia guna telur putih yg xdimasak..bahayaaaaa..

Bahan2:

1 biji putih telur
2 sb air [30 ml]
1 sb golden syrup @ light corn syrup [15 ml]
1 st cream of tartar
1 cwn gula aising [175 g], ayak


Cara2:

1. Masukkan putih telur + air + golden syrup + cream of tartar dalam mangkuk yg tahan panas. Pukul hingga sebati guna hand mixer.

2. Masukkan gula aising dlm adunan td. Pastu letakkan mangkuk yg tahan panas tu atas saucepan @ periuk yg mengandungi air panas [jerang atas dapur..kaedah double-boiled]. Pukul hingga adunan jadi kental & putih.

3. Angkat mangkuk dr saucepan. Pukul lagi sehingga adunan sejuk & tebal atau hingga jadi tanduk..'stands up in soft peaks'.

4. Sapu segera atas kek. Siap!

No comments: