Friday 22 January 2010

Kerutuk Kambing


Resipi ni saya buat asas panduan je, diambil daripada MyResipi. Pastu saya make do apa yang ada di dapur. Pokok pangkalnya, bahan asas mesti ada, cuma kuantiti saja yang tak sama. Nak masak kerutuk mestilah wajib ada rempah kerutuk dari Kelantan la..mana lagi kan. Rasanya..terangkaaaat. Saya masak kerutuk kambing ni semasa program sambutan Eidul Adha Malaysia-Durham.

Bahan2:

· 500g daging
· 4 sudu besar rempah kerutuk

· 2 sudu cili giling

· 1/2 biji bawang besar

· 3 cawan santan pekat

· 2 sudu besar kicap pekat

· 1/2 keping gula melaka/manisan

· 2 sudu besar kerisik


[bahan tumis]


· 1/2 bawang besar
· 1/2 inci halia
· 2 ulas bawang putih

· 1 batang kulit kayu manis

· 2 kuntum bunga lawang

· 3 kuntum bunga cengkih

· 3 biji buah pelaga

· 3 sudu besar minyak


Cara-cara:

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.


2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk


3. Panaskan minyak


4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi


5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi


6. Masak sehingga pecah minyak


7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.

8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.


9. Siap untuk dihidang.

No comments: