Sunday 24 October 2010

Kek Lapis Ekonomi


Ini bukan cubaan pertama membuat kek lapis. Tapi, kali ini berbeza dengan yang sebelumnya kerana bahan2nya tak banyak, dan sungguh menjimatkan. Hasilnya pula, memuaskan..moist! Terima kasih banyak2 kepada KAK FIDA, yang mana saya perolehi resipi ini daripada My Resipi..

Kek lapis saya kali ni hanya berlapiskan haw flakes yang kelihatan masih ada dalam stok. Best juga kalau next time buat, lapis dengan jem atau coklat..heheh..boleh cuba lagi..


KEK LAPIS EKONOMI [KAK FIDA]

A) 250 g susu manis
250 g mentega

B) 6 biji telur yg besar - (disejukkan dlm peti sejuk)
1 cwn gula halus/kastor
2 cwn tepung naik sendiri
1 sk esen vanilla
1 sk ovalette
sedikit pewarna kuning (opt.)

C) kismis/ mix fruits/ prunes/ kurma/ choc chips/ haw flakes/ rempah kek dll - utk tabur pd lapisan kek.


Cara-cara

1. Pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan. (jika menggunakan rempah kek , campurkan kedlm bahan A sekali)

2. Dlm mangkuk berasingan, pukul gula dan telur satu-persatu hingga kembang dan ringan terus masukkan ovalette dan terus pukul.

3. Masukkan campuran dr A tadi dan juga vanilla dan digaul rata (menggunakan senduk).

4. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil digaul perlahan hingga habis.

5. Bakar adunan selapis2 seperti membakar kek lapis betawi dan tabur dgn apa-apa pilihan dari C.



SELAMAT MENCUBA....





No comments: