Friday 27 May 2011

Lasagne Daging & Sayur

Sebenarnya dah lama mengidam nak makan lasagne buatan sendiri. Tapi, bila pegi kedai, lupa nak beli lasagne sheets tu pula. Kali ni, tekad nak buat, walaupun sedikit. Saya memang suka makan. Hubby suka juga tapi takdela macam saya. Anak2 pula, Ameen je kot yang suka. Iffah terus cakap.."euurrgh..i don't like to eat this ibu, its smell is so yucky"..ish3..tak baik betul cakap bau dia tak sedap. Taknak makan sudahla jangan cakap bau tak mengancam :P .

Sebenarnya ibu lagi suka sebab takde saingan masa nak makan..heheheheh.
Ini resipi yang saya dapat masa saya mula2 belajar buat lasagne, diperolehi daripada rakan Malaysia di sini [ dah balik kampung pun tuannya ]. Mudah saja nak sediakan, asalkan bahan2nya mencukupi.


LASAGNE DAGING DAN SAYUR

~ nama lasagne ni ikut bahan yg sy letak dlm tu ~


BAHAN2 UTK SOS LASAGNE:

500 gm minced meat
**1 botol vegetable pasta sauce
4-5 ketul kecil mozarella cheese basah [yg dok dlm air tu] atau,
sebungkus mozarella cheese yg diparut
2 batang celery
1 batang carrot
1 jambak besar broccoli
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak zaitun [minyak masak pun ok je, xrasa pulak beza dia]
sedikit garam & gula

** vegetable pasta sauce ni ada dijual di tesco. harganya xsampai 1 pound pun. sy beli yg ni sbb sy tak konfiden nak guna yang lain, maklumlah kat sini title 'vegetarian/vegan'. ok juga sos ni sbb ada cendawan dalam tu.


BAHAN2 UTK SOS PUTIH @ BECHAMEL SAUCE

~ sos putih ni kat kedai sini ada banyak jual. kalau nak cepat dan senang, beli je laa 'white sauce' ~

tapi, kalau nak buat homemade, boleh ikut cara ni.


2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cwn susu segar
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh dried oregano
*1 sudu teh serbuk buah pala
[ yg ni sy tambah sendiri, sy parut buah pala tu, utk dptkan sesudu teh, sbb masa ikut kelas masakan dr Italian professional chef, dia kata kalo letak nutmeg, white sauce tu akan lebih sedap dan beraroma ]


CARA2 MENYEDIAKAN:

: : SOS LASAGNE : :


~ cincang bawang besar dan bawang putih. potong celery mcm bentuk horseshoe. carrot dipotong dadu. broccoli pula potong biasa, belah dua setiap jambak2 kecil tu.

~ tumis sehingga naik bau.

~ masukkan vegetable pasta sauce. kacau2 biar sampai kuah jadi pekat sedikit.

~ masukkan pula minced meat, kacau sampai daging empuk.

~ bila daging dah empuk, masukkan carrot, kacau sekejap, baru masukkan celery dan broccoli. bubuh garam dan gula ikut citarasa masing2. kalau pemasin, sila letak garam byk2. saya penyedang je. masin ada, manis pun ada.

~ kacau sentiasa sampailah kuah menjadi tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. kalau cair sangat tak bagus juga.

~ tutup dapo. letak tepi.



: : SOS PUTIH @ BECHAMEL SAUCE : :


~ letak susu segar dlm saucepan, panaskan guna api sederhana. tapi tak perlu sampai mendidih.

~ dalam saucepan lain, masukkan butter, kacau2 sampai butter cair. api pun sederhana jugak.

~ pastu, bila butter dah cair, masukkan tepung gandum dan kacau cepat2 sampai tepung jadi sebati ngan butter tadi.

~ bila susu segar dah panas, tuangkan dalam saucepan yg mengandungi butter + tepung tadi. tuang sikit2, sambil kacau2 guna whisk..sampaila habis susu tu.

~ masukkan dried oregano, serbuk lada putih dan buah pala yg diparut.

~ kacau sampai jadi pekat. ingat..jgn pekat sangat. ala2 berkrim je. pastu padamkan api. alihkan saucepan.


PENYEDIAAN LASAGNE:


~ sapu bekas yg kita nak guna tu [sebaik2nya guna bekas berbentuk 4 segi tepat [rectangular shaped shallow dish] dgn beberapa titik minyak zaitun. sy xde minyak zaitun, jadi sy guna minyak sayur je.

~ jika guna fresh lasagne sheets, boleh terus letak dalam shallow dish yg tahan oven tu. tapi, jika guna yg kering, readymade sepertimana yg dijual di tesco tu, kita kena letak dalam air panas jap, kasi lembut sikit lasagne sheets tu.

~ kulit lasagne tu, sy rendam satu persatu dlm air panas, pastu toskan kejap [nak lap dgn tea towel pun ok], pastu baru susun dalam bekas yg dah sapu minyak tadi.

~ susun je sampai takde nmpk ruang bekas. kalau boleh, jangan tindih2/tindan2 tebal2. kalau ada ruang kecil yg belum tertutup, patahkan sikit kulit lasagne tu sekadar muat2 utk tutup yg berlubang.

~ dah siap susun, tuanglah sos lasagne merah rata2, jgn semua tau, simpan sikit ikut berapa lapis yg kita nak buat tu. kalau nak buat 2 lapis je, simpan separuh untuk lapisan atas. rata2kan sos lasagne di atas kulit lasagne.

~ tuang pula sos putih rata2 atas sos lasagne tadi. pastu taburlah dengan mozarella cheese. jika guna mozarella yg style basah dalam air tu, potong dulu nipis2, pastu aturkan atas white sauce. kalau guna yg dah diparut, tabur je la..

~ pastu, susun kulit lasagne. ulang semula langkah2 tadi dari awal..sampaila habis.



*** sy peminat cheese. sy suka lasagne yg cheesy..tp hr tu, masa beli brg, mozarella yg basah tu xde dlm stok kedai..yg ada cuma grated mozarella cheese je. xkan nak beli 2 bungkus pulak. tapi, xpelah..just nice je dgn lasagne sy tu. tp kan, kalau ada byk cheese lagi sedaaaaaap..nyam2.


*** teringat karakter kartun kucing gelmol kaler oren yg sukaa makan lasagne..GARFIELD...heheheh



so here it is!! my homemade lamb and vegetable lasagne.

No comments: