Saturday 4 December 2010

Apple Pie

Pai epal yang saya buat ni bukannya hasil tuaian dari ladang epal tetapi yang kami beli di sebuah kedai charity di Langleymoor. Harga epal sekampit tu sangat murah..hanya 50 pence saja. Walaupun warna dan bentuk epal tu tak seindah epal yang kami kutip di ladang, namun, kami beli juga. Hmm..dapat buat rojak...pai..muffin..oklah tu.


Dapat sebakul epal kecil molek ni. Tak tahu pula apa jenisnya, tapi rasanya manis2 masam sikit. Banyak kali juga saya buat cicah gula dan kicap. Huh, tak dapat mangga, dpt epal masam pun jadikler. Lagi satu, epal ni baunye wangi sangat.

Jom lihat resipi..hampir lupa pula yg ini blog resipi je. Cakap banyak pulak..heheh. Resipi pai epal ini saya ambil di sini. Melihatkan sikitnya bahan2 yg digunakan, dan mudahnya cara menyediakan, membuatkan saya tertarik untuk mencuba resipi ini yang mana tuan punya resipinya mat salehla.


Ingredients:

3 to 4 medium cooking apples
110 gm butter
[nak dpt pastry sedap, campurkan 55 g butter & 55 g vegetable fat/shortening]
220 g plain flour
90 g white sugar
3-4 tbsp water

Cooking Methods:

1. Campurkan butter dan tepung gandum ke dalam mangkuk adunan. Guna hujung jari, picit2..gaul2..biar jadi macam breadcrumbs. Masukkan air. Uli biar sampai doh tak melekat langsung di tangan dan di mangkuk.

2. Ikut resipi asal, dia suruh simpan doh tadi dalam peti ais selama 30 minit.

3. Keluarkan dr peti ais. Ambil 2/3 drpd doh, canaikan. Letak mangkuk pai atas doh untuk ukur kemuatan pastry dlm mangkuk.

4. Letak doh dalam mangkuk pai [guna rolling pin, lilit doh yg dicanai pd rolling pin, angkat pelan2, letak dlm mangkuk]. Tekan2, padat2kan. Guna bhgn belakang pisau [tumpul] untuk kemaskan pastry tepi mangkuk. Jika berlubang atau pastry koyak, tampal2kan. Takde masalah, janji xde lubang, sbb kalau ada, nnti bocor isi epal tu pula. Masa ni dah boleh panaskan oven 220 C.

5. Potong kulit epal, belah empat. Pastu potong nipis2 sebanyak 8 hirisan [maknanya, 1 biji epal tu akan dpt 32 hirisan nipis. Jika guna 4 biji epal, maknanya akan dapat 32 x 4 biji = 128 hirisan.

6. Susun hirisan epal dalam mangkuk pai. Jadikan selapis, pastu tabur gula. Susun lagi..dan tabur gula lagi..buat sampai habis.

7. Ambil 1/3 doh yg berbaki tadi. Canaikan dan letak atas hirisan epal untuk menutup pai epal tadi. Lembapkan bahagian atas tepi pastry dengan sedikit air supaya pastry atas dapat melekat dgn pastry bawah. Tekankan pastry untuk menutup pai.

8. Buat 3 lubang dengan mencucuk [guna hujung pisau] di bahagian tengah pai untuk mengeluarkan wap2 epal masa dlm oven nnti.

9. Brush bhgn atas pai dengan sedikit susu segar supaya bila masakk, warnanya akan keemasan.

10. Bakar 10 minit guna 220 C. Pastu turunkan ke suhu 190 C dan sambung bakar lg selama 40 minit.


Rupa pai epal saya setelah dipotong. Gambar berbeza dengan gambar yg di atas kerana dah 2 kali buat guna resipi yg sama.

No comments: