Friday 24 December 2010

Super Moist Choc. Cake Kak Nurul

Resipi kek ni saya perolehi daripada senior PSSCM UIAM dulu, kak Nurul Hakim. Belum cuba buat lagi kek ni, tapi risau kot2 terhilang pula resipi beliau. Nak cuba kek coklat pelbagai resipi. Menurut kak Nurul, kek ni kek coklat turun temurun keluarganya dan dijamin moist sangat2. Hmm..bila dah buat nanti saya akan letak gambar kat sini. Oh! Ye..resipi ni disalin bulat2 daripada beliau.


KEK COKLAT SUPER MOIST

Bahan2 kek:


1) 1 1/2 gelas @ cawan @ mug mentega (akk guna planta saja)
2) 2 1/2 gelas tepung gandum
3) 1 gelas serbuk koko (van houten better)
4) 2 gelas castor sugar
5) 1 1/2 gelas air sejuk
6) 1 1/2 camt esen vanilla
7) 4 biji telur
8) 2 biji kuning telur
9) 1 camt bikarbonat
- campur semua bahan no 6,7,8 dlm mangkuk (namanya campuran telur pastu letak di tepi)

* gunakan sukatan gelas yang sama bagi mentega/tepung/gula/air sejuk

Topping:

1) 1 tin susu pekat
2) 1/2 gelas serbuk koko
3) 1/2 gelas minyak jagung
4) 1 camt esen vanilla
5) secubit garam

* campur semua bahan topping, kacau dan masak menggunakan kaedah double boiler. (k.nurul guna kole besi yang dimasak atas air mendidih dalam periuk)

* topping dibuat selepas kek dimasukkan ke dalam oven

cara buat kek:

1) Ayak bersama gandum + serbuk koko + bikarbonat. Gaul rata perlahan2 dan letak di tepi

2) Pukul mentega dgn castor sugar sehingga kembang

3) masukkan campuran telur sedikit demi sedikit ke dalam bahan no 2

4) Masukkan no 1 berselang seli dengan air sejuk. (Cth: masuk bahan no 1, putar sebati pastu masuk air sejuk, putar lagi dan buat sehingga habis)

5) Bakar +- selama satu jam

6) angkat kek yg telah masak, biarkan sejuk dan tuang topping.

* kek lebih sedap sekiranya di letak satu malam dlm fridge sebelum dihidangkan

No comments: