Thursday 9 December 2010

Karipap Pusing

KARIPAP PUSING

Saya tak tahu buat karipap masa kat Msia dulu. Nak makan je, beli kat kedai. Ataupun, bila time blk kampung, mesti keneng2 biras saya [mak ude] nak mkn karipap. :) Tapi, sejak duk berjauhan dr sumber makanan2 tradisional ni, semua kena buat sendiri. Jika dulu tak tahu buat karipap, sekarang dah berkali2 boleh merasa.

Kuih ni sgt mengingatkan sy pd masa mula2 dtg sini dulu..bila sy kena 'sarcasm' oleh seseorang masa buat karipap pusing. Sejak dr hr tu, sy berazam utk buat karipap pusing sampai jadi. Byk juga resipi yg sy dpt [internet], tp ada 1 je yg saya berkenan dan keluarga pun serasi dgn rasa dan pastrinya. Cuma satu je..sy xingat dr mana saya salin resipi ni..dan resipinya dlm bahasa Inggeris. Sy dah olah dlm BM.


BAHAN2:

Doh air [water dough]

400 g tepung gandum
2 sb butter / shortening
3/4 sk garam
200 ml air

Doh minyak [oil dough]

200 g tepung gandum
150 g butter / shortening


CARA2 MENYEDIAKAN:

Water dough:

1. Gaulkan butter + tepung gandum dgn hujung jari biar jd breadcrumbs.

2. Larutkan garam dlm air. Campurkan ke dlm tepung tadi. Uli biar doh licin dan tak melekat kat tangan.

3. Bentukkan bulat2 sebanyak 12 ketul. Rehatkan doh.


Oil dough:

1. Gaulkan butter + tepung gandum. Uli biar sampai doh jd lembut dan tak melekat. Jika doh kurang lembut dan licin, nanti karipap akan senang pecah2 [berderai].

2. Buat 12 biji bola kecil mcm water dough tadi. Rehatkan sekejap.


***

Masa rehatkan doh tu, kita boleh siapkan inti dia. Tapi, sy tak nyatakan kat sini resipi filling karipap. next entry ye..Sebenarnya inti tu, sy masak main campak2 je..tp, jika nak buat panduan apa salahnya sy letakkan sekaali resipinya nnti.


***

Sediakan doh karipap dgn memasukkan doh minyak ke dalam doh air.Bentukkanbulat seperti gmbr di bawah..maaflah terlupa pula nak amik gmbr masa nak masukkan doh tu. Langkah seterusnya sila tgk gmbr..


Rupa doh yg tlh digabungkan [water + oil dough]

Ambil sebiji doh td, canaikan.

Kemudian, gulungkan doh yg dicanai td mcm ni.

Pastu canai biar jd mcm ni.

Pastu gulung sekali lagi mcm ni.

Gulungannya biar jd mcm ni. Jika nak senang kerja, buat semua ke 12 biji doh bulat tu biar sampai peringkat gulungan ni.

Potong gulungan td biar jd begini..biasanya boleh dpt 5 potong. Kalau nak karipap tu saiznya besar2, buatla 3 @ 4 potong.

Canai doh yg dipotong tadi, biar jadi bentuk bulat. Masukkan inti karipap. Kelim kemas2.
[bahagian atas yg dicanai akan jadi kulit luar karipap].

Karipap yg dah siap dikelim. Nampak belang2 tu.


Goreng dalam minyak penuh, mula2 api biar sederhana panas..jgn panas sgt, nnti kulit karipap jadi menggelembung. Bila dah lama sikit baru boleh kuatkan api.

Doh ni boleh dpt dlm 60 biji karipap pusing. Biasanya sy buat byk2 dan frozen dlm freezer.

1 comment:

hidayah abdullah said...

Thanks for the info