Wednesday 2 February 2011

Brownies and Cheese Cake

Dah lama buat brownies ni. Tapi masa buatnya, bahan tak berapa nak cukup, sy buat pun sebab terliur tgk rupanya, dan sementelah nak habiskan stok bahan2 yg ada. Konon nak habiskan stok, tengok2 tak cukup gram pulak. Tapi, sy tawakkal je..sy main letak je walau xcukup timbangan..haha..

Resipi ni sy perolehi drpd Myresipi..cuma yg menjadi masalahnya sy tak salin pulak siapa nama tuan punya resipinya. Nanti bolehla cek kat situ..sy minta maaf sbb sy malas pula nak tolong cekkan semula..takpe, janji sy dah kreditkan resipi ini drpd MYR. Terima kasih kepada pemilik resipi brownies cheesecake yg mengancam ni.

Jom lihat resipi..ini disalin bulat2 drpd pemiliknya..


BROWNIES & CHEESE CAKE


**Bahan Brownie**


· 300gm dark chocolate
· 2/3 cawan gula
· 150gn butter
· 1 1/2 cawan tepung gandum
· 1 1/4 cawan whiping cream
· 1 1/4 cawan sour cream (saya guna plain yogurt)
· 2 biji telur


**Bahan Cheese**

· 250gm cream cheese
· 1/3 cawan gula
· 1 biji telur


Cara-cara :

1. Cairkan butter, chocolate & gula atas api sederhana.

2. Pukul telur..tak payah sampai kembang. kemudian masukkan kedalam adunan chocolate, kacau rata.

3. Masukkan pula tepung, whiping cream & sour cream. kacau sebati. Ketepikan sementara.

4. Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok eloknyer guna springform. Selang selikan antara brownie & cheese. (sebelah sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).

6. Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick@sudu@lidi, buat beberapa pusingan pada adunan. Jangan pusing lebih2 sangat!!

7. Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius, selama 30 minit. Bila dah masak dia mmg lembik sikit..sejukkan sekejap. Kalau dah cool, nak masukkan dalam fridge pun boleh, baru senang nak potong.




Kek ni dibuat sempena birthday saya yg ke 32 tak silap..maknanya dah berapa tahun dah buatnye.. :) [aduh..tiba2 terasa diri dah semakin tua..]


Outcome sy jadi xberapa indah seperti yg digambarkan oleh pemilik resipi. Akan tetapi, rasanya sungguh nyaman dan lazat tak terkata. Itulah, silap sy juga kerana nak habiskan stok bahan2nya sedangkan timbangannya tak cukup. Maka, hasilnya pun seolah2 xberapa cukup..xsempurna.

Tak mengapa, cadangnya lain kali nak cuba buat lagi...sebab sedap sangat.

Rupa Brownies Cheese Cake yang telah dipotong.

No comments: