Sunday 6 March 2011

Blueberry Cheese Cake Simplified

Kali pertama membuat blueberry cheese cake yang dibakar menggunakan teknik water-bath. Sebelum ni blueberry chesse cake juga tapi yang chilled dan tak pakai gelatin. Cuma tu lah, kena guna mascarpone cheese.

Ok, terus kepada resipi kek.


BLUEBERRY CHEESE CAKE SIMPLIFIED

Sumber : Majdina Kamaruzaman, Pelajar Perubatan di University of Newcastle.




Crust:

2 cwn Digestive yang dihancurkan
2 sb butter, dicairkan

Inti krim cheese:

500 gm soft cheese
3/4 cwn gula (atau 1 cwn kalau mahu lebih manis)
1 sb tepung
2 biji telur
1/2 sk vanilla
1/4 sk almond extract
1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!)


Cara-cara:

**Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik supaya kerja lebih cepat & efisyen.

1. Panaskan oven ke gas mark between 3-4, kira-kira 170 celcius.

2. Campurkan Digestive dan butter, gaulkan hingga sebati dan boleh dikepal. Tambah butter jika perlu. Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna.

3. Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim. Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan. Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Kemudian, masukkan vanilla & almond extract. Jangan lupa gunakan spatula untuk kaup bahagian tepi2 yang tak bercampur dengan sebati. Kemudian pukul lagi hingga sebati dan tak lagi berketul.

4. Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru.

5. Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan, at least satu malam (ok, ataupun 3-4 jam).


Cheese cake yang dah masak. Rupa masih nampak tak cantik, tapi rasanya sedap.


Wah! Comot sungguh.



Ni gara2 potong time tak betul2 firm.


Izzah tengah merasmikan. Suka betul dia kek ni. Next time ibu buat lagi...kali ni nak tunggu summer berries masak. Masih sempat sebelum kita balik.

No comments: