Wednesday 11 May 2011

Simply Sinful Cheese Cake

Bermulanya sejarah pencarian resipi kek keju ini setelah saya google2 resipi kek keju yang mudah penyediaannya tetapi sedap hasilnya. Mula2 jumpa resipi ni di sini, sy tak rasa yakin nak mencubanya kerana tiada foto disertakan. Tetapi, setelah sy tiba2 pula terjumpa di blog encik Rozzan, saya terus salin resipinya..cuma ada beberapa perbezaan di antara kedua2 resipi. Untuk pengetahuan, saya rujuk kedua2 resipi. Sy akan letak kedua2nya di sini. Terpulang kepada anda nak cuba yg mana satu... :)

Simply Sinful Cheesecake [Lori Baltazar]

2 cups crushed graham cracker crumbs
1/4 cup sugar
1/2 cup margarine or butter, melted

2 (8-oz.) packages cream cheese, softened
1 can condensed milk
3 eggs
juice of 2 calamansi or 2 tsps. lemon juice (if available)

How to do it:

Preheat oven to 300ºF.

Combine crumbs, sugar and margarine; press firmly on bottom of 9-inch springform pan. Bake for 10 minutes. Set aside.

With mixer, beat cream cheese in large bowl until fluffy.

Gradually beat in condensed milk until smooth.

Add eggs and calamansi or lemon juice. Mix well.

Pour into prepared pan — it doesn’t matter if crust is still warm. Bake 50 to 55 minutes or until center is slightly jiggly but perimeter is set.

Cool 1 hour. Chill at least 4 hours to let flavors develop. Will keep in refrigerator for two weeks (but do you really think it will last that long?)


Resipi dr encik Rozzan.

SIMPLY SINFUL CHEESECAKE [rozzan]

Bahan untuk base
200 gram biskut digestive, dihancurkan
3 sudu besar mentega
2 sudu besar madu

Bahan untuk Cheesecake
500 gram kriim keju, dilembutkan
1 tin kecil (390 gram) susu pekat
3 biji telur
150 gram coklat masakan, cairkan cara double boil
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya

1. Panaskan ketuhar pada suhu 150’C. Campurkan kesemua bahan untuk base dan tekan pada dasar loyang springform berukuran 9 inch. Bakar selama 10 minit dan ketepikan.

2. Menggunakan mixer, pukul cream cheese sehingga kembang. Kemudian masukan susu pekat sambil dipukul sehingga ia sebati.

3. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul sebati. Bahagikan adunan cheesecake kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan coklat masakan yang telah di double boil tadi dan gaul rata.

4. Tuangkan adunan cheesecake coklat kedalam loyang diikuti dengan adunan cheesecake plain. Bakar selama 50 – 55 minit sehingga pertengahan cheesecake bergoyang-goyang tetapi tepi adunan telah set. Sejukkan selama 1 jam dan kemudian boleh disejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dihidangkan.


***************

Saya buat ikut resipi encik Rozzan memandangkan ada foto, tapi bila sy lihat kedua2 resipi xjauh bezanya. Terpulang kepada bahan2 yg ada dlm gerobok.

Lagi satu, sy gunakan kaedah bain-marie [water-bath] semasa membakar kek ni sebab sy sendiri tak pasti bagaimana cara yg sebetulnya nak bakar kek ni. Kalau ikut resipi kedua2nya xbgtau cara bakar, hanya bgtau 'bakar' saja. Oleh kerana, sy xmau kek harijadi Ameen merekah2, maka sy bakarlah ikut teknik steam tu.. i.e. letak loyang kek dalam bekas yg mengandungi air panas. Begitulah alkisahnya.....

SELAMAT MENCUBA!!






2 comments:

raihan said...

kak nani nak mintak resipi blueberry cheese kek..sedapnya tgk akak buat..nyum2x

hnyhar said...

aan,
knani dah letak link kat FB..harap aan dah tgk..