Tuesday, 1 February 2011

My Kueytiaw Kung Fu

Resipi kali ini adalah antara makanan feberet sy. Kiranya sejak bergelar isteri, baru 4 kali masak ni. Kali pertama mencuba masak ialah di sini..haha. Alhamdulillah menjadi. Kira teknik cuba jaya la ni kot. Yg penting semua suka.

MY KUEYTIAW KUNG FU


Resipi : hnyhar

BAHAN2:

1/2 bungkus kueytiaw kering [rebus dahulu kasi kenyal]
2 biji telur
1/2 sudukecil serbuk lada putih
4 sudubesar minyak masak

^^^^^^

3 ulas bawang putih [ketuk]
1 cwn air
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada putih
1-2 sudubesar sos tiram
*isi ayam
*udang
*fishball/sausages
*carrot
*baby corn
*broccoli
*cili padi

* bahan2 yg bertanda ni tiada sukatan sebenar..ikut suka je nak masuk byk mana, mana yg ada dlm stok / peti ais, bolehla diletak dlm ni.


CARA2 MENYEDIAKANNYA:

- rebus kueytiaw kering sehingga kenyal, jgn terlampau lembik, takut nanti jadi macam kuih pula.
bagi yg guna kueytiaw dah readymade tu, mungkin boleh guna dlm setengah kilo kot.

- kacau telur dalam mangkuk besar hingga sebati. campurkan sedikit serbuk lada putih. jika suka pedas2, letaklah 1 sk. jika xmau pedas, bubuh dlm setengah sudukecil je la.

- masukkan kueytiaw tadi ke dalam bancuhan telur ni. kacau rata2.

- masukkan bancuhan ini ke dalam kuali yg tlh diletakkan minyak. rata2kan kueytiaw dan goreng sekejap kasi garing2 sikit telur dan kueytiaw td.

- balikkan dan bila dah garing telurnya, angkatlah dan letak dlm pinggan.

^^^^^^^^^

- tumis bawang putih sampai perang2. masukkan isi ayam @ udang @ sosej @ fishball. goreng sekejap sampai agak2 empuk.

- masukkan air diikuti dgn bancuhan tepung jagung. bancuh dulu tepung jagung ngan sedikit air pastu baru masukkan dlm kuali.

- masukkan sos tiram, serbuk lada putih, cili padi dan perasakan dengan garam dan gula. kacau sampai kuah jadi pekat2. kalau nak kuah banyak, letakla air lagi.

- siap utk dimakan. tp jika lambat lg nak makan, jangan campur dulu kueytiaw td ngan kuahnya. nanti kuah menyerap dlm kueytiaw.


ok, selamat mencuba!!






**kadang tu terfikir juga, kenapalah nama masakan ni siap ada kung fu..padahal masa masaknye xdelah susah payah sampai kena berkung fu pula. siapalah yg mereka masakan ni ye..hmmm...

No comments: