Monday, 21 March 2011

Ayam Goreng Rempah

Resipi ni muncul bila dah tiada idea nak masak apa. Nak goreng ayam secara garam kunyit biasa je, macam simple sangat pula. Last2 saya buat style goreng rasa rempah2 sikit. Tengok semua makan laju je. Jadi, lepasla nak masuk kat sini.


AYAM GORENG REMPAH


Sumber : hnyhar


Bahan2:

setengah ekor ayam [bukan ekor ayam]
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sb serbuk kari ayam
1 sk serbuk cili [sy guna cayenne]
1/2 sk serbuk kunyit
garam secukup rasa


Cara2 Menyediakan:

1. Lumur badan ayam yang dipotong sederhana kecil dengan garam.

2. Tumbuk halia & bawang putih. Masukkan dalam bekas besar [bekas utk perap ayam].

3. Masukkan serbuk kari ayam + serbuk cili + serbuk kunyit ke dalam bekas tadi. Gaul rata.

4. Masukkan ayam yang digaul garam tadi. Gaul rata2 rempah pada badan ayam. Perapkan paling minima setengah jam. Jika perap lebih lama, rasanya lagi sedap. Nak lama, peraplah semalaman, ataupun 3 jam.

5. Goreng..minyak tak penuh pun takpe. Jika nak bakar pun boleh, sebab saya sendiri pernah bakar ayam ni guna style yang sama.



ayam yang diperap.

dalam gambar ni, ayamnya sy cuma perap 1 jam saja. peraplah lebih lama untuk rasa lebih lazat.

sedap dimakan ngan nasi panas2.

Sunday, 20 March 2011

Kek Karamel

Pertama kali buat kek ni. Sedap betul. Macamana tak sedapnya, siap ada karamel lagi kat atas kek tu. Tekstur keknya pula sungguh gebu. Huh, sedap sangat makan bila sejuk2 letak dalam peti. Lain kali nak buat lagi.. terima sahabat lama [sekolah menengah] i.e. Pn. SITI AZIDA YUSOFF di atas resipi kek karamel yg sungguh yummy!!


KEK KARAMEL


Resipi diperolehi drpd : Siti Azida Yusoff


bahan2:

(A)
...2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas

1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek

140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque

6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara membuatnya:

1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...

2. Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.

3. Pukul bahan (C)

4. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...

5. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..

6. Bahagikan kpd beberapa bahagian mengikut warna2 yg disukai.

7. Masukkan ke dlm loyang yg td..

8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C . [sy buat style waterbath].

9. Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi.

10.Masukkan dlm peti sejuk 1 jam dan lepas tu mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan.





Friday, 18 March 2011

Nasi Goreng Kampung Raja


NASI GORENG KAMPUNG RAJA

[ dinamakan kampung raja kerana tuan punya resipi ni berasal dari kampung raja ]


Resipi Asal : hnyhar


Bahan2:

3 cwn nasi putih
1/2 biji bawang besar saiz sederhana = cincang =
3 ulas bawang putih = ketuk =
1 cwn sayur campur [mixed vege]
1 cwn isi ayam @ daging cincang
1 sk serbuk lada putih
5 biji lada burung [cili padi]
1 telur = pukul =
segenggam ikan bilis
garam
gula


Cara2:

1. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat.

2. Guna minyak yg sama tadi untuk menumis bawang besar + putih + lada burung. Goreng hingga garing dan berwarna perang sedikit.

3. Masukkan isi ayam @ daging cincang. Goreng hingga empuk.

4. Masukkan sayur campur. Goreng sekejap. Masukkan serbuk lada putih. Kacau2.

5. Masukkan garam + gula. Perasakan. Masukkan telur. Kacau sebentar.

6. Masukkan nasi. Gaul rata. Besarkan api dan goreng hingga kering.

7. Taburkan bawang goreng & ikan bilis tadi. Makan ngan telur mata kerbau. Hmmm...nyaman.




Thursday, 17 March 2011

Ayam Golek Versi Pedas

Hari tu buat ayam golek tapi versi pedas. Sebab apa dinamakan versi pedas? Sebab...saya gantikan serbuk kari ayam dengan serbuk kari ikan..hihih. Ini semua gara2 serbuk kari ikan yang masih banyak dalam stok dan nak jimat serbuk kari ayam. Sebab tu warna dia pun kemerah2an. :) Tapi, rasa dia sedap jer.


AYAM GOLEK VERSI PEDAS



· 1 ekor baby chicken
· 4 ulas bawang putih
· 2 sudu besar cili kisar
· 1 biji bawang besar [yg besar, jika bwg besar tu saiz kecil, buatlah 2 biji]
· 3 batang serai
· 1 sudu besar serbuk kari ikan [nak letak kari ayam pun boleh]
· 1 inci halia
· 1 cawan susu segar/susu cair [saya guna susu segar]


Cara-cara

1. Baby chicken digaul garam dan kunyit. Rebus hingga separuh masak.

2. Toskan ayam yg direbus tadi. Air rebusan boleh simpan buat kue tiaw kungfu..atau apa2 saja..mee hailam ke.

3. Bakar ayam dalam oven hingga betul2 masak. Kelar badan ayam yang agak berisi supaya lekas masak.

4. Kisar bahan2 di atas kecuali susu. Tumis hingga garing dan naik minyak.

5. Masukkan susu segar. Kacau2 sehingga kuah jadi bertambah pekat. Perasakan dengan garam dan gula.

6. Tuang atas ayam yang dah siap dibakar tadi.



Kek Coklat Lembap

Hari tu buat kek ni lagi..sebab tak tahu nak makan apa..terasa pula nak makan kek coklat. Serbuk koko tinggal nyawa2 ikan je, malah tak cukup pun 1 cawan..maka jadinya, saya pun alternate lah dengan milo sikit. Takleh letak banyak jugak milo ni pun..dah nak habis dah. Aiseh, serba kekuranganlah maka kek ni akhirnya. Walaupun serba kekurangan, ia tetap moist dan habis.. [kasi jiran sikit..kawan Ameen].

Resipi kek ni sila klik kat sini.


Burger Malaysia

Sebenarnya dah 4 kali buat Burger Malaysia ni, tapi baru kali ni nak simpan resipi kat sini. :) Terima kasih kepada tuan punya resipi, YANI. Tapi, tak boleh nak buat selalu roti ni sebab bekalan ikan bilis dan cili kering sudah nazak. Dah termasuk dalam barang2 kawalan pun.


BURGER MALAYSIA @ ROTI GORENG IKAN BILIS.


Sumber: My Resipi
Resipi Asal : Yani


Bahan2:

*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast

- minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun


Cara-cara

1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.

2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.

3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.

4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis
.

Ini outcome kali ke-4.


**dapat juga bagi pada ibu mengandung...heeee..

Wednesday, 16 March 2011

Lamb Chop

LAMB CHOP

Sumber : My Resipi
Milik : Hana6877


Bahan2:

* 500gm daging slice/2 keping daging
* 2 sudu marjerin/butter
* skit garam dan blackpepper

* BHN SOS BLACK PEPPER

* 1/2 sudu black pepper
* 1 sudu mentega
* 1 kuib ayam
* sebatang saderi-dicincang
* sebiji bawang besar- dicincang
* 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe)
* 2 sudu tepung gandum
* 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
* garam skit

* BHN MACARONI / COLESLAW

* segengam macaroni - direbus dan ditos
* segenggam mix vagetable - direbus dan ditos
* 2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain
* sesudu air lemon

* BHN MASHED POTATO

* 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
* 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt. 2 sb butter, garam dan lada hitam sedikit
* sos black pepper/gravy

* BHN SAMPINGAN

* kentang goreng
* 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
* sebiji tomato- dihiris

Cara-cara

1. Gaulkan daging ngan skit garam dan blackpepper .perap sebentar kemudian grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. dan balik2kan sampai masak.

2. Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat.

3. Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam.

4. Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan masukkan butter. kemudian susu segar dan tmbhkan lada itam dan garam skit. cedokkan dan curahkan sos black pepper/gravy td.

5. Hidangkan dengan kentang goreng,brokoli dan asparagus.